Honda RS150R kini tampil dengan visual terbaru bersama dengan pengenalan skim warna baru dan jalur sporty yang menawan serta decal reka bentuk terbaru digabungkan dengan enjin yang efisien bahan api, menjadikannya pilihan utama penunggang terhadap pesaingnya dari kelas yang sama.
Grafik terkini yang menghiasi motorsikal RS150R sporty ini terdapat dalam pilihan warna baru iaitu Hitam Mutiara Magellanic sebagai maklum balas langsung kepada pelanggan yang mengimpikan warna menawan yang seiringan dengan visual motosikal idaman mereka.
Skim cat baru yang diperkenalkan bersama-sama warna yang sedia ada dengan grafik yang dikemaskini – Biru Mutiara Nightfall, Merah Candy dan yang amat popular, Edisi Repsol.
Harga jualan bagi varian standard bermula dari RM7,999 manakala versi Repsol pula dijual pada harga RM8,299 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran, dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.