Bonus raya 2018 daripada Mitsubishi - Nikmati penjimatan sehingga RM12,000!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia kini menawarkan bonus raya khas bersempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi pelanggan yang telah menempah dan membeli sebuah Mitsubishi Triton baharu, mereka berpeluang untuk mendapat bonus raya sehingga RM12,000 bermula hari ini sehingga 30 Jun 2018.

Setiap pembelian Triton akan disertakan jaminan waranti daripada pengeluar selama lima tahun atau jarak batuan 200,000 km yang mana terdahulu.

Bagi Mitsubishi Triton varian Quest, pihak MMM menawarkan jaminan selama lima tahun atau jarak batuan 100,000 km yang mana terdahulu. 

 


Tidak ketinggalan bagi model SUV Outlander dan ASX, pihak MMM juga menawarkan bonus istimewa bagi setiap pembelian kedua-dua model tersebut. 

Menerusi promosi Special Raya daripada Mitsubishi, setiap pembelian model SUV Outlander 2.0 liter bakal menerima aksesori berupa pakej kamera sekeliling 3600 dan kerusi balutan kulit. 

Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang telah membeli Outlander 2.0 dan 2.4 liter juga bakal menerima bonus raya berjumlah RM4,000.

Manakala bagi crossover ASX, pihak MMM menawarkan bonus raya sehingga RM8,000 bergantung kepada varian 2WD atau 4WD. 
 


Setiap pembelian Mitsubishi Outlander dan Mitsubishi ASX didatangkan dengan jaminan waranti lima tahun dengan jarak batuan tanpa had. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…