Boleh rakam gambar kenderaan guna lorong kecemasan musim raya ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata semalam bahawa orang awam boleh melaporkan kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan semasa Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Gambar itu boleh dihantar kepada JPJ tetapi ia perlu dilengkapkan dengan:

  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Lokasi gambar diambil
  • Masa dan tarikh gambar diambil

Anthony menegaskan undang-undang hanya boleh dikuat-kuasakan oleh polis dan pegawai JPJ tetapi pengguna jalanraya yang lain dialu-alukan untuk menjadi penyalur maklumat kepada pihak kerajaan.

"Mereka tidak boleh bertindak sendiri," pesannya semasa pelancaran Ops Bersepadu di Seremban semalam.

Pihak kementerian juga telah melarang penggunaan kenderaan berat di lebuhraya sewaktu musim perayaan, iaitu pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun 2019.

Anthony juga mengumumkan penurunan kadar kemalangan semasa perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, iaitu pada 20,829 kes berbanding dengan 21,041 kes pada tahun sebelumnya.

Kes kematian kerana kemalangan pada musim perayaan itu juga menurun dari 208 dalam tahun 2017 kepada 197 pada tahun lepas. 

Cara membuat laporan bergambar itu ada diterangkan pada poster-poster JPJ di bawah.

 

JPJ Poster 1

 

JPJ poster 2

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Akan tetapi, kita mengalakkan pemasangan ‘dashcam’ terutamanya pada kenderaan-kenderaan daripada…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang…
Berita Domestik
"Stesen itu akan menjalani penambahbaikan untuk menjadikannya lebih moden, cekap dan dihubungkan…