BMW X2 bakal dilancar 21 Mac ini - Tempahan sudah pun dibuka!

oleh Afandi Che Muhamad|
Kurang seminggu lagi, BMW Malaysia bakal melancarkan model kenderaan Premium Compact Sports Activity Coupe dikenali sebagai BMW X2 ke dalam pasaran domestik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana agaknya sambutan terhadap model baharu itu nanti ya? Untuk mendapat gambaran lebih jelas, sama-sama kita nantikan 21 Mac ini.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl (gambar) berkata, pihaknya optimis penawaran itu dapat membantu mengembangkan lagi portfolio rangkaian BMW X di negara ini.

"Kenderaan Premium Sports Activity Coupe kami yang terbaharu ini lebih menonjol dan akan mewujudkan impresi yang tersendiri di seluruh negara.

"BMW X2 adalah untuk golongan yang berani dan berbeza, iaitu individu-individu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai BMW X2, Harald memberikan bayangan BMW X2 yang bakal diperkenalkan nanti adalah model sDrive20i dengan penampilan lebih ekstrovert selain turut membawa karakter unik tersendiri.

Tambah Harald, SUV yang digerakkan nadi enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa mencecah 192Hp manakala puncak tork maksima pula sekitar 280Nm itu bakal menawarkan pengalaman pemanduan dinamik.

Kuasa hebat tersebut dipindahkan ke roda hadapan dengan bantuan kotak transmisi tujuh kelajuan (dwi-klac).

Difahamkan, ia mampu memecut dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (kmsj) dalam tempoh 7.7 saat sahaja. Wah! Hebat bukan?

Tempahan BMW X2 boleh dilakukan menerusi melalui www.app.bmw.com.my/x2 mulai sekarang hingga 20 Mac 2018 dengan yuran tempahan sebanyak RM 3,000.

Pemohon yang berjaya menempah kenderaan tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ekslusif daripada BMW Malaysia seperti kunjungan ke BMW Alpine xDrive Driving Experience di New Zealand, slot di BMW M Track Day dan slot Advanced Module Course anjuran BMW Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…