BMW Vision Neue Klasse, gambaran EV dan teknologi baharu BMW, boleh diguna sebagai pembekal elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW Vision Neue Klasse X
BMW Vision Neue Klasse X
BMW menawarkan sejumlah model elektrik dengan nama i di pasaran tempatan. Pilih sahaja, sedan, sedan coupé, kenderaan utiliti sukan SUV) kecil atau besar.

Pada 2025 BMW akan memulakan siri model baharu atau dipanggil BMW Neue Klasse yang membayangkan falsafah reka bentuk dan teknologi terbaru dari syarikat.

Sama seperti model semasa, jeriji buah pinggang tampil menonjol. Setakat ini BMW telah memperkenalkan Neue Klasse sedan dan Neue Klasse X SAV.

Selain senyap, kurang penyelenggaraan dan menerima pengecualian cukai dan insentif, sesetengah kenderaan elektrik (EV) boleh dimanfaatkan sebagai bateri bergerak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BMW Vision Neue Klasse

 

BMW Neue Klasse tidak terkecuali dan mampu menyimpan tenaga elektrik dan berfungsi sebagai outlet kuasa.

Fungsi itu dipanggil pengecasan dua hala (bidirectional charging) iaitu boleh menerima dan membekalkan tenaga elektrik.

Model Neue Klasse bakal menjadi kenderaan BMW pertama yang ditawarkan fungsi Vehicle to Home (V2H), Vehicle to Grid (V2G) dan Vehicle to Load (V2L).

Beberapa pengeluar kenderaan ternama sekarang ini bukan setakat menjual EV tetapi ekosistem elektrik yang merangkumi kediaman, sistem solar dan grid elektrik.

 

 BMW Vision Neue Klasse X SAV

 

Vehicle to Home: Tenaga elektrik untuk kediaman

Pengecasan dua hala membolehkan pemilik menggunakan bateri voltan tinggi kereta sebagai peranti penyimpan tenaga.

Tenaga elektrik yang dijana dari sistem fotovolta milik pelanggan boleh disimpan buat sementara waktu di dalam bateri kereta dengan bantuan BMW DC Wallbox Professional.

Tenaga elektrik itu kemudiannya dibekalkan kepada pengguna lain di rumah dan tidak bergantung kepada grid kuasa luar dan mengurangkan kos tenaga elektrik.

 

BMW Vision Neue Klasse X

 

Vehicle to Grid: Pembekalan kepada rangkaian elektrik

Tahap kedua pengecasan dua hala BMW membolehkan pelanggan mengagihkan sebahagian kapasiti bateri untuk kegunaan luar.

Fungsi ini boleh digunakan untuk mengecas dari grid dan menyalurkan tenaga elektrik kepada grid pada masa yang bersesuaian.

Akses kepada pasaran tenaga disediakan rakan kerjasama BMW iaitu E.ON yang akan menguruskan proses pengecasan bagi membolehkan penjanaan hasil dari pertukaran tenaga.

Fungsi ini hanya akan ditawarkan kepada pelbagai pasaran setelah langkah-langkah perundangan diselesaikan.

 

BMW Vision Neue Klasse

 

Vehicle to Load: Kereta jadi power bank!

Fungsi ini membolehkan tenaga disimpan di dalam kereta untuk digunakan sebagai pembekal kuasa kepada perkakasan elektrik luar.

Fungsi V2L sudah menjadi kebiasaan pada EV hari ini dan boleh dimanfaatkan apabila kediaman, pejabat atau kedai terputus bekalan elektrik. Untuk berkhemah pun boleh!

Teknologi pengecasan dua hala boleh dikawal melalui aplikasi My BMW App yang juga untuk mengawal keseluruhan ekosistem BMW Connected Home Charging.

 

BMW Vision Neue Klasse

 

Memanfaatkan tenaga alam dan mengurangkan karbon dioksida

Teknologi ini bukan sahaja untuk mengecas atau membekalkan tenaga elektrik tetapi lebih daripada itu.

Sistem penyimpanan EV boleh memillih untuk menyerap tenaga dari kincir angin atau solar dan mengagihkannya semula semasa penjanaan rendah (angin kurang, malam).

Penggunaan elektrik dari stesen janakuasa fosil boleh dikurangkan. 

Ideanya ialah, melalui pengecasan dua hala pelepasan karbon dioksida dari kenderaan dan penjanaan tenaga dapat dikurangkan. Baru betul guna EV!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW Vision Neue Klasse X

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada…