BMW perkenal pakej pembiayaan Full Circle untuk model BMW dan Mini

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Financial Services Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan pembaharuan program pembiayaan dinamik untuk memberi bantuan bagi pembiayaan kenderaan-kenderaan BMW dan MINI di dalam negara yang dinamakan kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia yang mengumumkan pengenalan program pembiayaan inovatif ini berkata, “Program pembiayaan baharu ini bermatlamat untuk terus menerajui industri automotif premium di Malaysia untuk mencapai taraf mobiliti masa hadapan dengan program pembiayaan dan mobiliti yang revolusioner, dan dalam masa yang sama membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh.”


Tidak terhenti setakat itu, BMW Group Financial Services Malaysia turut mengumumkan pelancaran kempen BMW Full Circle Recharged – iaitu sebuah program pemilikan eksklusif yang dibangunkan secara khusus untuk rangkaian kenderaan model BMW iPerformance yang terdiri daripada BMW 330e M Sport, BMW 530e Sport yang pertama, BMW 740Le xDrive dan BMW X5 xDrive40e M Sport.

Melalui kempen BMW Full Circle Recharged terbaharu, para pelanggan boleh menikmati pemilikan model-model seperti berikut:

  • BMW 330e M Sport bermula dari RM 2,918.00 sebulan;
  • BMW 530e Sport yang pertama bermula dari RM 3,908.00 sebulan;
  • BMW 740Le xDrive bermula dari RM 6,668.00 sebulan dan
  • BMW X5 xDrive40e M Sport bermula dari RM 4,718.00 sebulan.

Dengan setiap permohonan yang berjaya melalui kempen BMW Full Circle Recharged, pemilik kenderaan baharu juga akan menerima set komplemen pakej BMW Life Recharged yang merangkumi Fitbit Charge 2 dan HoriznStudios edisi terhad bagi BMW Board Case, 33L (bergantung pada terma dan syarat).
 


Selain daripada itu, program MINI Full Circle Urban Explorer menawarkan kenderaan MINI Cooper S Countryman Sports bermula dari RM 2,698.00 sebulan, sekali dengan set MINI Urban Essential yang didatangi dengan Nanopresso yang boleh digunakan untuk membancuh kopi kegemaran dengan segera dan Fitbit Charge 2 juga akan diberikan bagi setiap permohonan yang diluluskan (bergantung pada terma dan syarat).

Di samping memberikan pelanggan fleksibiliti dan jaminan yang lebih baik apabila ia melibatkan pembiayaan bagi pembelian jentera BMW atau MINI, Program Full Circle menawarkan pelbagai pilihan untuk pemilikan kenderaan yang menyeluruh, menawarkan pengalaman mobiliti yang lancar dan pada masa yang sama menjamin nilai kenderaan yang dibeli sepanjang tempoh pembiayaan yang dipersetujui.

 


Kempen Full Circle Recharged akan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018 (bergantung pada terma dan syarat).

Perkembangan pasaran yang terbaharu serta kepercayaan pelanggan terhadap jenama-jenama BMW telah membolehkan BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan BMW 318i Luxury dengan ansuran bulanan yang kompetitif yang bermula dari RM 2,098.00.

Program Full Circle juga turut meliputi BMW X3 terbaharu yang akan menjamin nilai masa hadapan kenderaan ini pada kadar yang hebat, iaitu lebih daripada 50% dalam masa 3 tahun yang akan datang dengan ansuran bulanan sebanyak RM 3,808.00.
 


Kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer merupakan sebahagian daripada Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia dan ia merangkumi: 

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

Butiran lanjut mengenai Program Full Circle, serta kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer boleh didapati di mana-mana cawangan Pengedar Sah BMW dan/atau MINI, melalui e-mel di [email protected] atau melalui talian 1800-88-3000.
 


RAYA@BMW

BMW Group Malaysia juga akan menyambut Hari Raya ini dengan rebat menarik dan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif bermula dari 1.22% untuk pelbagai model BMW, bersama dengan BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow promosi untuk model BMW iPerformance terpilih. RAYA@BMW akan diadakan di semua pengedar yang sah dan pada tarikh di bawah, dengan aktiviti menarik untuk keluarga.
 

Pengedar

Tarikh

Ingress Damansara

30 Jun – 1 Julai

Ingress Puchong

30 Jun – 1 Julai

Wearnes

30 Jun – 1 Julai

AB Glenmarie

30 Jun – 1 Julai

AB Kuala Lumpur

30 Jun – 1 Julai

AB Sungai Besi

30 Jun – 1 Julai

AB Johor

30 Jun – 1 Julai

AB Penang

30 Jun – 1 Julai

AB Balakong

30 Jun – 1 Julai