Seperti yang diketahui, BMW Premium Selection merupakan platform digital yang menawarkan pilihan kenderaan premium pra-milik dari portfolio BMW.
BMW Engage merupakan platform aplikasi kewangan digital sepenuhnya yang direka untuk membenarkan pelanggan menyesuaikan pembiayaan kenderaan BMW mereka, serta mendapatkan pra-kelulusan pembiayaan menerusi proses tanpa sentuhan dari rumah.
Dengan adanya BMW Engage, para pelanggan prospektif BMW bakal menikmati proses pra-kelulusan kewangan yang turut merangkumi pengiraan ansuran bulanan, pemberian sebut harga, penghantaran permohonan dan mendapatkan pra-kelulusan.
Menurut Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia menjelaskan, "ketika BMW Engage diperkenalkan pada awal tahun lalu, ia menunjukkan komitmen kami dalam menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium terhadap pelanggan, dan ia menjadi satu aspek yang sangat penting terutama ketika wabak pandemik COVID-19 melanda.
"Dalam era norma baharu ini, kami amat berbangga dapat meluaskan BMW Engage ke dalam segmen kenderaan pra-milik menerusi portfolio BMW Premium Selection.
Sehingga 31 Disember ini, BMW Group Financial Services Malaysia akan menyumbang RM100 kepada program subsidi BMW Safety 360° untuk setiap kontrak yang dibiayai menerusi BMW Engage.
Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga B40 di Malaysia menyediakan solusi keselamatan pada tahap tertinggi untuk anak-anak ketika berada di atas jalan raya.
Model-model BMW Premium Selection boleh dilihat menerusi https://www.bmwpremiumselection.com.my/ manakala BMW Engage boleh diakses menerusi pautan https://www.bmwfs.my.