BMW mengumumkan model terbaharu 6-Series Gran Turismo

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menggantikan 5-Series GT, 6-Series GT ini merupakan pembaharuan dari segi rekabentuk yang akan memastikan tiada lagi kritikan mengenai rekabentuk hodoh GT barisan 5-Series dahulu.

 

6GT-1

 

Ukuran badan model ini juga berbeza dengan 5-Series GT, dengan panjang sebanyak 5091 mm (16.7 kaki) serta berdiri lebih rendah sebanyak 21 mm (0.8 inci). Pintu but belakang juga telah diubahsuai sehingga berada pada paras lebih rendah sebanyak 64 mm (2.5 inci) berbanding 5-Series GT.

 

6GT-2

 

Selain dari GT barisan 6-Series ini mempunyai dimensi baharu berbanding 5-Series GT, ia juga memaparkan rekabentuk gril baharu yang lebih besar, yang dikelilingi oleh lampu depan jenis LED.

 

6GT-3

 

Perubahan lain termasuk tingkap tanpa bingkai (frameless), lubang udara tepi, dan lampu belakang dengan elemen rekaan 3D.

 

6GT-4

 

Ruang dalamnya serba moden dan luas, membawa ciri reka terbaharu BMW. Terdapat skrin berukuran 10.25-inci iDrive Display yang disertakan bersama fungsi kawalan suara dan pergerakan tangan. Sebagai kelengkapan opsyen, terdapat juga Head Up Display (HUD) dan kerusi belakang yang boleh diubah secara elektrik.

 

6GT-6

 

But belakang pula mempunyai ruang cargo sebanyak 610 liter, dan boleh dilapangkan sehingga 1800 liter jika perlu dengan menurunkan kerusi belakang secara elektrik.

 

6GT-7

6GT-8

Walaupun masih awal untuk mendapat butiran lengkap, ia (630i Gran Turismo) dijangka akan memggunakan enjin 2.0-liter yang menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork. Ia juga dijangka akan menggunakan kotak gear automatik 8-kelajuan yang berupa menghasilkan pecutan sifar ke 100 km/j selama 6.3 saat.

 

6GT-9

 

Varian 640i Gran Turismo pula akan menggunakan enjin 3.0-liter yang menghasilkan 340 PS dan 450 Nm tork. Sifar ke 100 km/j dalam 5.3 saat. 

6GT-10

 

Belum diketahui bila ia akan sampai ke negara kita tetapi dijangka sekitar tahun depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…