BMW Malaysia tayang Concept 8-Series buat pertama kali di Asia Tenggara

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanggal 22 Februari kelak, BMW Group Malaysia akan mempersembahkan BMW Luxury Excellence Pavilion untuk kali pertamanya di Malaysia.

Seraya dengan itu, BMW Malaysia juga akan mempamerkan model BMW Concept 8-Series untuk kali pertama di Asia Tenggara.

 

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat membawakan BMW Luxury Excellence Pavilion ke Malaysia pada hujung bulan ini. 

Pavilion ini merupakan satu program yang menawarkan pengalaman yang unik dan tiada setandingnya. Ia sebelum ini dibuka di Toronto, Kanada dan kini berada di Malaysia. 

Pavilion juga menyerlahkan visi kami tentang tarikan kemewahan jenama kami. Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, kami akan mendedahkan sebuah kereta konsep terkini kami, BMW Concept 8 Series."

Kemasukan adalah terhad dan eksklusif untuk setiap sesi. 

Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk menyatakan minat mereka untuk mengunjungi BMW Luxury Excellence Pavilion di laman web: www.bmwpavilion.my mulai hari ini hingga 11 Februari 2018. 

Jemputan yang telah disahkan akan dikongsi bermula hari Rabu, 14 Februari 2018.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…