BMW Malaysia lancar kempen CNY@BMW 2018 dengan kerjasama Khoon Hooi

oleh Afandi Che Muhamad|
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina (Tahun Anjing), BMW Malaysia telah berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal negara, Khoon Hooi bagi memeriahkan perayaan tersebut menerusi pelancaran kempen CNY@BMW 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diinspirasikan daripada nilai estetik dan kehalusan buatan koleksi cheongsam terkini Khoon Hooi, kempen CNY@BMW 2018 dianjurkan di semua pengedar sah BMW di seluruh negara. 

Berikut disenaraikan lokasi dan tarikh penganjuran kempen CNY@BMW 2018:

Untuk makluman, terdapat pelbagai acara dan tawaran menarik disediakan sepanjang kempen itu berlangsung nanti.

Selepas memandu uji kenderaan BMW, para pengunjung berpeluang menerima set angpau edisi terhad istimewa yang diinspirasikan sendiri oleh Khoon Hooi.

Pengunjung yang berminat membeli kenderaan BMW juga boleh menikmati kadar faedah pembiayaan yang menarik bagi model terpilih BMW iPerformance.

Pakej pembiayaan itu termasuk pemberian BMW i Wallbox Plus, Kabel Pengecasan Pantas BMW i AC dan kad keahlian ChargeNow secara percuma.

Maklumat lanjut mengenai CNY@BMW 2018 boleh didapati dengan melayari laman web, www.bmw.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…