CIMB Classic 2017 tahun ini melibatkan sembilan juara Major, sepuluh ahli pasukan Presidents Cup, 15 orang pemain daripada 50 orang pemain teratas dalam Ranking Rasmi Golf Dunia dan 18 orang pemenang daripada musim PGA TOUR 2016-17.
Sepanjang pertandingan ini, BMW Malaysia turut menampilkan model BMW 430i M Sport, BMW X1 sDrive20i, BMW X5 xDrive40e, BMW 740Le xDrive dan BMW 330e di TPC Kuala Lumpur. Sementara itu, BMW 740Le xDrive Hybrid serba baharu dengan teknologi eDrive yang ditawarkan pada harga RM598,800.00 menjadi hadiah hole-in-one.
Untuk maklumat lanjut mengenai CIMB Classic 2017, sila layari laman web: www.cimbclassic.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW Group Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my.