BMW Malaysia bakal lancar program baharu di bawah strategi BMW Efficient Dynamics 22 Februari depan

oleh Afandi Che Muhamad|
Selaku peneraju inovasi kenderaan premium, BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) hari ini mengumumkan bakal memperluas strategi BMW Efficient Dynamics menerusi pelancaran satu program terbaharu pada 22 Februari depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi program tersebut, BMW Malaysia bakal mengetengahkan pengalaman inovatif dan mewah untuk penggemar jenamanya di Kuala Lumpur.

Careta dimaklumkan penganjuran program yang pertama seumpamanya itu akan memfokuskan aspek keinginan, pengalaman eksklusif dan kemewahan yang progresif.

Menurut jurucakap BMW Malaysia, penawaran ciri kemewahan sesebuah kenderaan di dalam aspek pembangunan merupakan hasil kepakaran yang tiada tolok bandingnya.

"Tulen dan menarik perhatian; kemewahan moden pastinya datang dari kekayaan tradisi dan semangat perintis yang merupakan asas kepada pengetahuan mendalam, menuntut bakat inovasi serta pengalaman bertahun lamanya.

"Justeru, kita (BMW Malaysia) berbesar hati untuk berkongsi visi kemewahan yang tersendiri. Pengalaman ini akan membawakan emosi yang didefinisikan sebagai estetik, penuh inspirasi, menawarkan keseronokan memandu selain bebas menyerlahkan sifat individualiti tersendiri," ujar jurucakap tersebut menerusi satu kenyataan kepada Careta sebentar tadi. 

BMW Malaysia memberikan jaminan bahawa sebarang maklumat lanjut mengenai program berkenaan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Terdahulu, Careta suka untuk memaklumkan bahawa strategi BMW Efficient Dynamics bukan satu strategi baru bahkan sudah dijalankan BMW Malaysia sedekad (10 tahun) lalu lagi.

Secara ringkas, aplikasi strategi tersebut digerakkan ciri teknologi termaju yang memberikan tumpuan kepada aspek penjimatan minyak, seiring dengan sasaran menjadikan produk keluaran BMW Malaysia lebih mesra alam sekitar.

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…
Berita Global
  Bahan tersebut akan diperolehi dari pelabuhan serata dunia supaya ianya tidak dibuang ke laut…
Pelancaran
Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah…