BMW M5 Hearse dikesan di Greece, kereta jenazah paling berkuasa?

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat beberapa contoh ubahsuai kereta jenazah yang pernah Careta siarkan sebelum ini, namun unit yang ditampilkan dalam artikel kali ini mungkin agak unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Athens, Greece, seorang pengguna FB Stelius Trantalidis (seperti yang dilaporkan oleh Carscoops) berjaya mengesan kelibat kereta jenazah yang dilihat dibina menggunakan BMW M5 E60 sebagai asas.
 

M5


Pembinaan kereta jenazah ini dilihat mengekalkan elemen rekaan daripada BMW M5, seperti bampar depan, skirt sisi, rim aloi bersaiz 19 inci, serta kehadiran empat tip ekzos di bahagian belakang.

Bermula dari tiang B, kereta jenazah ini menampilkan binaan tingkap dan bumbung kustom, membuang terus pintu penumpang belakang (jenazah tidak memerlukan pintu) serta memanjangkan sedikit jarak antara roda untuk membolehkan ruang belakang memuatkan keranda mayat.
 

m5


Unit lampu belakang masih lagi dikekalkan, namun keseluruhan struktur bahagian tersebut telah dibina semula bagi menempatkan pintu tailgate kustom, serta tingkap yang digelapkan sepenuhnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada kereta jenazah ini benar-benar menggunakan BMW M5 sebagai asas binaan, atau sekadar kosmetik semata-mata.
 

m5


Namun jika benar, ia merupakan antara kereta jenazah yang berkuasa dengan enjin bentangan V10 5.0 liter yang mampu menghasilkan 500 hp dan 520 Nm.

Dengan sistem ekzos yang bersesuaian, ia mampu menghasilkan satu alunan irama akhir yang cukup merdu untuk seorang petrolhead yang akan menuju ke alam seterusnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang anda lihat, bentuk crossover coupe Mach-E telah hilang sepenuhnya dan diubah menjadi…
Berita Global
Sebuah syarikat Belanda, Derks Uitvaartmobiliteit kini menawarkan projek ubahsuai kereta elektrik…