BMW M3 Touring - versi wagon prestasi yang tidak akan dibuat oleh BMW

oleh Mohamad Hanif|
Sejak pengenalan model F80 M3 pada tahun 2014, BMW tidak pernah mengeluarkan versi wagon, atau lebih dikenali dengan nama Touring di bawah lencana M3.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, satu rakaman video yang dibuat di The Netherlands menunjukkan bagaimana rupa sebenar versi M3 bagi varian wagon F31 (versi wagon 3 series) sekiranya BMW berminat untuk menghasilkannya. 
 

 

Projek ini bermula sebagai sebuah F31 berkuasa diesel sebelum pihak bengkel membuat keputusan untuk menggantikannya dengan enjin S55 M3. 

Enjin enam silinder sebaris 3.0 liter biturbo ini kemudian telah menjalani penalaan Stage 2 bagi menghamburkan sejumlah 522 bhp, menjadikannya lebih berkuasa berbanding M3 CS limited edition (453 bhp).

Tidak terhenti setakat itu, wagon/Touring M3 ini juga telah dilengkapkan dengan bonet dan stereng daripada M4 GTS, ekzos prestasi daripada M Performance, dan Competition Package. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…