Bersempena dengan tahun baru 2022, BMW telah memuat naik sebuah video acah yang memaparkan BMW M3 Touring 2023 melakukan pemanduan atas lokasi bersalji sambil 'melakar' angka 2022.
Beberapa laporan terdahulu mencadangkan wagon pantas itu akan dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter dengan bantuan turbo berkembar yang sama digunakan pada model M3 dan M4 generasi baharu.
Spesifikasi rasmi hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.