BMW M2 Coupé baharu kini di pasaran - RM 535.8K

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW M2 Coupé
BMW M2 Coupé
Kumpulan BMW Malaysia pada 26 Oktober telah memperkenalkan BMW M2 Coupé yang merupakan sebuah coupe sport kompak premium berprestasi tinggi dari M Division. Model ini mengekalkan ciri-ciri sinonim dengan BMW Motorsports iaitu kuasa serta gaya sporty dan elegan

BMW M2 Coupé baru ini nyata begitu dinamik dan menonjol, dengan reka bentuk baru di bahagian depan dan belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa perubahan baharu ialah apron depan dengan inlet udara besar dan lampu depan bi-LED baru yang menggantikan lampu xenon pada model sebelumnya. Pada bahagian belakang, terdapat lampu rekaan baru dengan LED dan muncung ekzos berkembar M.

Juga baharu ialah rim aluminium 19 inci dengan reka bentuk jejari berkembar M yang diperkenalkan buat pertama kali.

Pada bahagian dalam, panel instrumen hitam khusus M kini dengan kemasan jahitan kontras yang telah diperbaharui rekaannya dan dilengkapi pencahayaan menampilkan sistem infotainment baru dengan ‘live tiles’ dan skrin sentuh. Skrin itu turut mempunyai fungsi Apple Car Play menerusi BMW ConnectedDrive Store.

 

BMW M2 Coupé
BMW M2 Coupé

 

Model ini juga dilengkapi stereng kulit M ‘Walknappa’ dengan butang M Drive, kemasan trim dalamannya dari fiber karbon kilatan tinggi menonjolkan keberanian yang sinonim dengan kereta sport tersebut.

BMW M2 Coupé baru ini dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris M TwinPower Turbo 3.0 liter. Enjin itu berkuasa 370hp pada 6,500 rpm dan tork puncak 465 Nm dari 1,400 hingga 4,750 rpm dengan fungsi overboost sehingga 500 Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi M-DCT tujuh kelajuan. 

Kereta pacuan belakang ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.3 saat sahaja. 

 

BMW M2 Coupé
BMW M2 Coupé

 

Selain enjin berkuasa, model ini dilengkapi sistem suspensi M Sport yang ringan dengan talaan lebih keras untuk kedinamikan lebih baik tetapi pada sama menggunakan talaan redaman (damper) untuk mengekalkan keselesaan.

Model ini juga dilengkapi stereng M Servotronic dengan dua tetapan dan untuk hentian cekap ia menggunakan brek kompaun M. 

Teknologi Active M Differential yang dikawal secara elektronik pula berfungsi bagi mengoptimakan cengkaman dan kestabilan. Ia memberikan keseronokan memandu yang lebih dengan M Dynamic Mode (MDM) yang membolehkan sedikit gelinciran tayar dan drift terkawal.

 

BMW M2 Coupé
BMW M2 Coupé

 

BMW M2 Coupé baru ini ditawarkan dalam empat warna luaran seperti Long Beach Blue, Black Sapphire, Alpine White dan Mineral Grey. Warna bagi bahagian dalaman dan tempat duduk didatangkan dalam warna Dakota Black Leather dengan jahitan kontras berwarna biru dan tempat duduk M Sport bagi pemandu dan penumang.

Kepada yang berminat, BMW M2 Coupé ini boleh dimiliki pada harga RM 535, 800.00*. Harga tersebut didatangkan dengan Program Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma Program dan Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan. 

*Harga di atas jalan, tanpa insurans.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…