BMW telah memperlihatkan secara rasmi Safety Car yang bakal digunakan di Formula E Monaco, iaitu BMW i8 Roadster.
Menariknya, ia merupakan Safety Car (Kereta Keselamatan) pertama di dunia yang hadir dengan konfigurasi kokpit terbuka, dan anda boleh lihat dengan sendiri windscreen hadapan yang lebih rendah dan sayap belakang serba baharu.
Jika dibandingkan dengan model i8 standard, kereta keselamatan BMW i8 ini duduk lebih rendah 15mm, dan dipasang dengan peralatan komunikasi, GPS, kamera pandang belakang, roll bar spesifikasi FIA, splitter hadapan baharu dan light bar yang diposisikan tinggi.
Tiada sebarang perubahan teknikal diumumkan, dan ini bermakna Safety Car Formula E ini mampu menghasilkan kuasa 368 kuasa kuda gandingan daripada enjin tiga silinder 1.5 liter dan motor elektrik.