BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW and Mini Servis Online

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan perkhidmatan dalam talian BMW and MINI Service Online. Ia merupakan tawaran terkini dalam aspek selepas jualan daripada pengeluar kereta premium itu yang membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual servis kenderaan mereka secara langsung di pengedar sah yang disukai menerusi laman web BMW Malaysia dan MINI Malaysia.

Ketika memperkenalkan tawaran baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Pendigitalan merupakan satu hala tuju strategik buat BMW Group di seluruh dunia. Kami di Malaysia bergerak selari apabila memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang meningkatkan lagi aspek digital untuk memberi lebih kemudahan serta ketenangan minda dalam industri automotif premium.”
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Han lagi, BMW Group Malaysia sudah membuktikan perkara ini melalui pengenalan ciri BMW Connected secara ekstensif di dalam semua kenderaannya sejak tahun 2015.

“Program perkhidmatan dalam talian baharu untuk pelanggan BMW dan MINI ini akan melengkapkan lagi pengalaman pemilikan secara keseluruhan daripada BMW Group. Ia menjanjikan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” kata Han.

Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia merangkumi:

  • Jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma BMW
  • Jaminan selama 4 tahun tanpa had perbatuan dengan Program Servis Berjadual Percuma MINI
  • Program Jaminan Tayar selama 2 tahun/24 bulan BMW untuk Tayar Run Flat dan servisnya
  • Program Perlindungan Terbaik+ (Ultimate Protection Program+, UPP+) ehsan daripada BMW Credit Malaysia dan disokong oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd.
  • Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan.
  • Program keahlian BMW WhiteCard, MINI BlackCard dan BMW Excellence Club.
  • BMW and MINI Service Online.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat BMW and MINI Servis Online, sila layari laman web: www.bmw.com.my dan www.mini.my

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…