BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X3 serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia hari ini secara rasmi telah memperkenalkan kenderaan keluaran terbaharu iaitu BMW X3 yang akan dipasang di dalam negara (CKD) buat julung kalinya.

Ini membuktikan komitmen BMW Group Malaysia untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan langkah ini juga menitikberatkan Malaysia sebagai sebuah hab bagi BWM Group di rantau Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap CEO BMW Group Malaysia berkata, “Hari ini, kita meraikan generasi terbaharu BMW X3, dan berdasarkan sejarah industri automotif premium, jentera inilah yang mewujudkan segmen premium SAV bagi kenderaan bersaiz sederhana pada tahun 2003." 


"Ini merupakan contoh terbaik untuk menggambarkan inisiatif BMW demi membentuk masa hadapan." tambah beliau. 



 


BMW X3 menggunakan enjin petrol empat silinder sebaris TwinPower bersesaran 2.0 liter dengan sistem pengecasan turbo TwinScroll, suntikan bahan api High Precision Injection, kawalan aci sesondol Double-VANOS dan pemasaan injap boleh ubah Valvetronic. X3 mampu menjana sebanyak 252 hp dengan kuasa tork yang mencecah 350 Nm. 


Kuasa ini kemudian dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan sebelum disalurkan ke roda. X3 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat kelajuan maksimum yang dicatatkan sebanyak 240 km/j. 


Dari segi dimensi, tidak banyak perubahan yang dilakukan melainkan dengan memanjangkan jarak roda (wheelbase) sebanyak lima sentimeter. Agihan berat sebanyak 50:50 turut diterjemahkan melalui penawaran bonet yang lebih luas serta bahagian hadapan yang lebih singkat mewujudkan keseimbangan dan menawarkan kelebihan kepada kawalan pemanduan. 


BMW X3 juga mengalami diet apabila dikurangkan berat asal kepada 55 kg berbanding model terdahulu. Bacaan aerodinamik juga dicatatkan rendah sebanyak 0.29 cD.


Kawalan pemanduan BMW X3 ini diteruskan lagi dengan sistem pacuan pintar semua roda, xDrive dan turut dibantu dengan Dynamic Stability Control (DSC) memberikan lebih kawalan kepada pemandu dengan lebih cekap. Terdapat empat mod pemanduan yang ditawarkan iaitu ECO PRO, SPORT, SPORT+ dan COMFORT yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pemanduan semasa. 




Rekaan kabin pula menampilkan penggunaan kulit Vernasca dengan sulaman kontra pada tempat duduk pemandu. Selain itu panel instrumen juga didatangkan dengan trim kayu Oak gelap beserta sulaman berwarna Pearl Chrome. 


Terdapat enam tona warna ambien (oren, ungu, hijau, gangsa, biru dan putih) yang digunakan untuk ruang dalaman bagi mewujudkan mood pencahayaan dan seleksi kontur. Lambang BMW X juga turut dilihat melengkapi hiasan dalaman terutamanya di bahagian tiang B, konsol dan trim pintu belakang. 




 

BMW X3 turut didatangkan dengan paparan informasi utama skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dengan sokongan sambungan BMW ConnectedDrive memberikan akses kepada informasi yang menyeluruh kepada pemandu. Sistem bantuan parkir dengan Kawalan Jarak Parkir (Park Distance Control) juga membantu memudahkan pemandu ketika meletakkan kenderaan di ruang yang selari ataupun menegak. 


Terdapat penawaran warna yang serba baharu seperti coklat Terra, hitam Sapphire, perak Glacier, dan putih Alpine. Manakala ruangan dalaman pula dikemaskan dengan penggunaan warna hitam Vernasca dan Vernasca Mokka yang khusus untuk pilihan warna putih Alpine dan hitam Sapphire. 



Model terbaharu BMW ini dijangka memasuki pasaran bermula 25 April 2018 melalui pengedar-pengedar sah BMW di seluruh negara dengan penghantaran dijadualkan bermula Julai 2018. Tempahan untuk model baharu ini sudah dibuka dan harga anggaran bermula dari RM320,000.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…