BMW Group Malaysia lantik Regas Premium Sabah sebagai wakil pengedar sah di Sabah

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia pada hari ini telah melantik Regas Premium Sabah sebagai wakil pengedar terbaharunya bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kami berasa teruja untuk menjalin kerjasama dengan Regas Premium Sabah sebagai pengedar terbaharu kami di Kota Kinabalu untuk meluaskan lagi penawaran perkhidmatan kami di negeri Sabah.”

Tambah Hoelzl, Sabah menyumbang kepada penjualan melebihi 500 unit kenderaan untuk segmen premium di dalam negara setiap tahun dengan peningkatan sebanyak 18% dicatatkan pada 2017 dan ia mempunyai potensi untuk menggandakan angka tersebut dalam masa lima tahun yang akan datang.

Matthew Tan, Prinsipal Pengedar yang mewakili Regas Premium Sabah berkata, “Kami telah lama berhasrat untuk menjejakkan kaki ke dalam industri automotif premium di Sabah, dan dengan kehadiran peluang ini untuk mewakili jenama BMW Group, ia semestinya merupakan permulaan yang kami impikan."

Regas Premium Sabah akan mengambil alih FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di dalam fasiliti bersaiz 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang, menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara.

Regas Premium Sabah akan mula beroperasi pada 1 hari bulan Julai di Mile 3, Lido, Jalan Penampang, 88300 Penampang.

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…
Berita Global
  Bahan tersebut akan diperolehi dari pelabuhan serata dunia supaya ianya tidak dibuang ke laut…
Pelancaran
Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah…