BMW 6-Series Gran Turismo CKD dilancarkan bulan hadapan - RM450k

oleh HEZERI SAMSURI|
Model Gran Turismo atau hatchback untuk BMW 5-Series, BMW 6-Series Gran Turismo akan dipasang di kilang pemasangan BMW di Kulim, Kedah dan bakal dilancarkan bulan hadapan.

Menurut sumber-sumber rapat dengan syarikat itu, model BMW 630i itu akan menggunakan enjin B48 2.0-liter 4-silinder petrol yang turut dipasang di kilang pemasangan enjin BMW di Kulim (ya, BMW memasang enjin juga di Malaysia).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia memang mirip kepada model 5-Series kecuali lampu LED sepenuhnya yang lebih agresif dan ruang dalam yang sedikit berbeza (konsol tengah).

Ruang but 6GT pula ialah 610 liter dan jika tempat duduk belakang dibaringkan, ia menjadi 1,800 liter. Memang GT jauh lebih praktikal dari model 5-Series sedan.

Harga 6GT CKD ini pula dikatakan dalam lingkungan RM450,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…