BMW 530i M Sport - model ke-11 dipasang di Malaysia (RM388,800)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Group Malaysia telah melancarkan model 530i M Sport yang dipasang di kilang pemasangan mereka di Kedah.

Model CKD (Complete Knock-Down Unit) ini ialah model ke-11 yang dipasang di dalam negara bagi jenama premium Jerman itu.

BMW2

 

Menurut Han Sang Yung, Pengarah Urusan dan CEO BMW Group Malaysia, ia adalah bukti pelaburan dan komitmen jangka masa panjang BMW untuk menjadikan Malaysia sebagai hab strategik mereka di Asia Tenggara.

Varian pemasangan tempatan itu dilengkapi ciri-ciri utama yang sama seperti komponen M Aerodynamics, brek M Sport, rim aloi ringan M, pedal khas M dan stereng dibalut kulit M yang diambil daripada pakej M Sport.   

BMW1

 

Alatan bantuan pemandu berteknologi tinggi seperti Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Approach Control Warning & Person Warning, Collision Warning, Park Assistant, BMW Display Key dan BMW Gesture Control ada ditawarkan pada BMW 530i M Sport pemasangan tempatan. 

BMW 530i M Sport pemasangan tempatan ini didatangkan dalam warna putih (Alpine White), biru (Mediterranean Blue), kelabu (Sophisto Grey) serta dua warna tambahan baru iaitu hitam metalik (Carbon Black Metallic) dan biru metalik (Bluestone Metallic). 

BMW3

 

Model 5-Series ini juga hadir dengan pilihan kemasan dalaman berwarna hitam (Black) dan coklat (Cognac). 

Terima kasih kepada insentif cukai EEV yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi Malaysia Automotive Institute (MAI), harga runcit atas jalan, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma, Program Jaminan Tayar BMW 2 Tahun serta sokongan oleh Bantuan Tepi Jalan 5 Tahun BMW Malaysia dan Program Hotline Kemalangan untuk BMW 530i M Sport pemasangan tempatan ialah RM388,800.00

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…