BMW 530E SPORT DIBUKA UNTUK JUALAN (RM343,800 SEUNIT)

oleh Afandi Che Muhamad|
Menempa nama selaku pemegang rekod jualan tertinggi bagi segmen kereta premium di Malaysia selama tujuh tahun berturut-turut, BMW Group Malaysia terus mengukuhkan portfolio pasaran domestik menerusi penawaran model BMW 530e Sport hari ini.

Inisiatif penawaran model sedan premium tersebut sekali gus melebarkan lagi rangkaian BMW iPerformance (kenderaan Plug-In Hybrid) sedia ada.

Untuk makluman, BMW 530e Sport merupakan model BMW iPerformance kelima diperkenalkan di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir dengan teknologi eDrive, inovasi sistem pemanduan berkenaan mampu melonjakkan kedudukan BMW Group Malaysia sebagai peneraju mobiliti masa hadapan.

Secara ringkas, sistem eDrive yang dipasangkan pada BMW 530e Sport baharu ini memiliki tiga mod pemanduan berbeza seperti mod Auto eDrive, Max eDrive dan Battery Control.

Tidak terhad dengan sistem tersebut, sedan berkenaan turut dilengkapi dengan ciri BMW iWallbox, BMW iWallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging. Kesemua ciri disebutkan itu menjalankan fungsi pengecasan hibrid yang hampir serupa.

Sebagai tambahan, model sport baharu yang mampu meledakkan kuasa maksima mencecah 252hp dan puncak tork tertinggi sehingga 420Nm itu juga turut disuntik dengan ciri Lane Change Warning, Blind Spot Monitor dan sistem bantuan pemanduan dikenali sebagai Peredam Dinamik dengan Mod Adaptif.

Harus diketahui, peredam ini menawarkan pilihan mod pemanduan seperti Comfort, Sport dan Eco Pro.

BMW Group Malaysia menyediakan empat pilihan warna untuk disesuaikan dengan citarasa pengguna seperti kelabu (Bluestone Metallic), biru (Mediterranean Blue), putih (Alpine White) dan hitam (Black Sapphire).

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan) yang diletakkan bagi BMW 530e Sport bermula RM343,800 seunit.

Bagi setiap pembelian sedan berkenaan, pengguna berpeluang menikmati manfaat menerusi kempen pemilikan istimewa yang merangkumi pakej Pembiayaan Balloon 80 peratus daripada BMW Credit Malaysia selain program servis berjadual percuma, program jaminan tayar dan jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun.

Kempen berakhir penghujung Mac depan. Maklumat lanjut mengenai BMW 530e Sport baharu boleh didapati dengan melayari laman web, www.bmw.com.my atau menerusi pengedar sah BMW di seluruh negara sekarang juga.

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…
Berita Global
  Bahan tersebut akan diperolehi dari pelabuhan serata dunia supaya ianya tidak dibuang ke laut…
Pelancaran
Model ini hadir dalam warna MINI Yours Enigmatic Black dengan kemasan Energetic Yellow pada bilah…