BMW 1 Series Sedan bagi pasaran China sahaja

oleh |
Some alt
Some title
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Praesent metus tellus, elementum eu, semper a, adipiscing nec, purus. Phasellus consectetuer vestibulum elit. Vestibulum volutpat pretium libero. Nam quam nunc, blandit vel, luctus pulvinar, hendrerit id, lorem. Integer ante arcu, accumsan a, consectetuer eget, posuere ut, mauris.

Sed a libero. Maecenas malesuada. Praesent egestas tristique nibh. Proin magna. Quisque id odio.

Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas. Praesent nonummy mi in odio. Sed aliquam ultrices mauris. Sed hendrerit. Pellentesque egestas, neque sit amet convallis pulvinar, justo nulla eleifend augue, ac auctor orci leo non est.

BMW 1 Series Sedan 2017.05
BMW 1 Series Sedan 2017.05

Pasaran kenderaan di China antara yang terbesar di dunia dan boleh dikatakan unik. Sudah menjadi kebiasaan apabila sesebuah pengeluar menyesuaikan semula model global untuk pasaran di sana. Perubahan yang dilakukan bukan setakat kosmetik malah melibatkan pelantar (platform) sekali.

China juga sudah lama menyertai pasaran eksklusif di mana pengeluar hanya membangunkan dan mengeluarkan model khusus di sana dan ia tidak dijual di mana-mana negara lain hatta negara asal sendiri. Keunikan itu terus dibuktikan apabila BMW dan BMW Brilliance Automotive Ltd. baru sahaja melancarkan model 1 Series Sedan eksklusif untuk pasaran di sana.

Ketika berucap pada majlis pelancaran BMW 1 Series Sedan di Shanghai, Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG Dr. Ian Robertson yang bertanggung jawab tentang Jualan dan Pemasaran berkata, “Kami telah menjual lebih dari setengah juta kenderaan di China tahun lepas dan ia merupakan pasaran terbesar kami dan berpotensi tinggi. Pelanggan kami di China selalu bertanya tentang model yang lebih kecil bagi memenuhi keperluan mereka dan dengan itu kami telah bekerja keras bersama rakan di sini bagi memastikan BMW 1 Series Sedan bukan sahaja memenuhi bahkan melebihi kemahuan mereka.”

Pembangunan 1 Series Sedan – Diuji di litar Nürburgring

BMW 1 Series Sedan bukan projek tangkap muat kerana ia dibangunkan di ibu pejabat BMW di Munich bersama-sama jurutera dari China. Konsep dan perkakasan kereta itu dibuat khusus berdasarkan keperluan pasaran moden di China dan juga keadaan trafik serta jalan di sana. Lebih mengujakan apabila BMW 1 Series Sedan itu turut diuji di litar Nürburgring dan juga di bawah pelbagai cuaca dan keadaan jalan seperti di China bagi memastikan ia sesuai digunakan sebagai kenderaan harian di samping mengekalkan keseronokan pemanduan di negara itu.

BMW 1 Series Sedan dikilangkan secara usahasama di antara BMW Group dan BMW Brilliance Automotive Ltd. di kilang Tiexi yang dibuka pada tahun 2012. Kilang itu terletak di Shenyang di bahagian Timur Laut China dan ia turut mengeluarkan model eksklusif BMW seperti 3 Series Long Wheel Base dan 5 Series Long Wheel Base. Proses pengeluaran kenderaan di kilang tersebut turut menggunakan standard yang sama seperti mana-mana kilang BMW group lain di seluruh dunia.

Rekabentuk – Identiti BMW, kokpit orientasi pemandu

Walaupun model baharu itu diasaskan dari BMW 1 Series hatchback namun ia tidak nampak canggung. Rekaan yang menjadi identiti BMW seperti permukaan dan garis badan dikekalkan. Ukuran panjang kereta itu ialah 4 456 mm, lebar 1 803 mm dan tinggi 1 446 mm. ‘Overhang’ pendek, bonet enjin panjang, kabin penumpang menganjak ke belakang dan jarak roda panjang berukuran 2 670 mm memberikan BMW 1 Series Sedan imej yang tampak atletik dan sporti.

Bahagian dalaman 1 Series Sedan kekal menggunakan karakteristik sebuah BMW iaitu memberi tumpuan kepada pemandu. Laras kerusi dan susunan paparan dan butang kawalan direka supaya pemandu dapat menumpukan perhatian terhadap jalan raya. Sistem operasi iDrive dilayarkan pada skrin rata dan butang kawalan di konsol tengah adalah peralatan standard untuk model sedan itu.

Nadi kuasa – 2.0L 4 silinder dan 1.5L 3 silinder

BMW menawarkan tiga opsyen enjin untuk 1 Series Sedan. Model paling premium ialah BMW 125i Sedan dengan enjin 2.0 liter 4 silinder berkuasa 170 kW/231 hp dan tork 350 Nm pada 1 250 rpm. Enjin itu dipadankan bersama transmisi 8 kelajuan Steptronic. BMW 125i Sedan mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan maksimum yang dihadkan pada 250 km/h. Purata penggunaan petrol 125i Sedan ialah 6.4 liter untuk perjalanan 100 km.

Varian kedua ialah BMW 120i Sedan yang dilengkapi enjin 2.0 liter 4 silinder berkuasa 141 kW/192 hp dengan tork maksium 280 Nm pada 1 250 rpm. Ia turut dipadankan bersama transmisi 8 kelajuan Steptronic. Varian itu mampu memecut dari sifar ke 100 km/j dalam 7.5 saat dengan kelajuan maksimum 235 km/j. Purata penggunaan minyak ialah 6.2 liter untuk 100 km perjalanan.

Model paling asas ialah BMW 118i Sedan yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 3 silinder. Output kuasa ialah 100 kW/136 hp, manakala tork maksimum pula 220 Nm bermula dari 1 250 rpm. Ia dipadankan transmisi 6 kelajuan Steptronic dan mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa 9.4 saat. Kelajuan maksimum pula ialah 212 km/j. Varian BMW 118i Sedan paling ekonomikal iaitu hanya ‘menelan’ 5.5 liter petrol untuk perjalanan sejauh 100 kilometer.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…