Bila jarum di E, perlu risau!

oleh HEZERI SAMSURI|
Tangki kenderaan mempunyai pelbagai saiz dan ia dibina mengikut homologasi dan standard piawaian keselamatan antarabangsa.

Namun begitu, piawaian yang wujud lebih ke arah cara pembuatan tangki itu dan juga bahan yang digunakan.

Untuk negara Malaysia di mana kita mengikuti piawaian Eropah, setiap komponen tangki mempunyai kod kelulusan Piawaian Kesatuan Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini bermakna ia adalah komponne yang dibina dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Careta terbaca akan petikan satu artikel di mana pakar automatif itu menyebut bahawa setiap kenderaan mempunyai rezab atau reserve sebanyak 4.5 liter bagi tangki bahan api.

tangki
Panjang hos bahan api ke enjin juga menentukan jumlah bahan api yang tinggal.

 

Careta sebenarnya sudah mendengar cerita ini beberapa kali dan kami tanyakan kepada jurutera-jurutera dan juga kepada pakar piawaian pembuatan kenderaan.

Sebenarnya, tidak ada syarat yang mewajibkan setiap tangki bahan api mempunyai rezab berjumlah 4.5 liter.

Secara am, saiz rezab adalah 10 ke 15 peratus saiz penuh tangki itu. Jadi sekiranya ia adalah tangki 80 liter, rezabnya berkemungkinan bersaiz 8 liter.

Piawaian juga tidak menetapkan bahawa setiap tangki rezab perlu memastikan kenderaan mampu berjalan sejauh 60 km. 

Menurut laporan tersebut, "Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas petunjuk aras minyak melepasi "E" tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km."

Ini sama sekali tidak benar. Pertamanya, cc itu bukan kuasa kuda tetapi isipadu enjin.

Keduanya, enjin 6.0L V12 memerlukan lebih dari 4.5 liter untuk bergerak sejauh 60 km, kecuali jika ditolak atau dipasang layar.

tangki 2
Tangki bahan api kenderaan sekarang tidak lagi menggunakan besi tetapi bahan komposit kerana ia boleh dibentuk untuk memenuhi ruang-ruang dalam kerangka monocoque kenderaan dengan lebih baik.

 

Menurut seorang jurutera yang pernah terbabit di dalam piawaian kenderaan di Malaysia, tidak ada undang-undang yang menyatakan itu adalah satu

kewajiban.

 

"Secara am, kenderaan direka agar tangki rizab membenarkan kenderaan berjalan sejauh 50 km pada halaju malar 60 kmsj," terang beliau.

 

Paling penting, jangan menjadikan tabiat memandu dengan jarum tangki bahan api di tahap E.

 

Ini ialah kerana pam dalam tangki itu akan mudah rosak jika sering dilakukan. 

 

Dan jika anda memandu kenderaan diesel, buli-buli udara akan masuk ke dalam saluran bahan api dan ini menyebabkan tekanan kurang dan enjin tidak akan dapat dihidupkan.

 

Sebenarnya, pakar yang ditemuramah itu ialah seorang senior di dalam jabatan beliau dan kerana hormat, tidak ada seorang pun yang sanggup berkata kenyataan-kenyataan teknikal beliau salah.

 

Sehingga hari ini kerana Careta rasa sudah tiba masanya pembaca medium Bahasa Malaysia diberikan informasi yang tepat agar tidak ditertawakan lagi.

 

Informasi salah mengenai tangki bahan api ini mendapat perhatian beberapa orang senior dari syarikat kenderaan kerana informasi begitu sangat mudah disalah anggap dan akan menyebabkan kerosakan kepada enjin.

 

Jadi Careta harap jangan biarkan jarum minyak itu jatuh di bawah paras E kerana:

  1. Boleh merosakan pam bahan api di dalam tangki
  2. Menyebabkan enjin tidak boleh hidup jika kenderaan itu berenjin diesel.
  3. Memberikan risiko yang tidak perlu sekiranya bahan api habis di tengah jalan.
  4. Membolehkan anda risau jika tiba-tiba jalanraya sesak dan bahan api anda sudah hampir habis.

 

Rancang perjalanan dengan bijak kerana ia kunci kepada disiplin dan juga pemandu yang berfikiran tenang adalah pemandu yang selamat.