Namun begitu, Cybertruck elektrik masih tidak dilancarkan dan tarikh pelancaran berubah lebih acapkali dari kerajaan di Malaysia.Kerana penat menunggu, CJ Cromwell dari US telah menghasilkan replika Cybertruck sendiri yang dikenali sebagai Plybertruck.
Dihasilkan khusus untuk bertanding dalam perlumbaan Gambler 500 rally (perlumbaan rali sejauh 805 km menggunakan kenderaan yang dibeli dengan harga US$500), Plybertruck menggunakan platform Acura MDX.
Walaupun ia tidak menggunakan tenaga elektrik, dan walaupun ia kelihatan seperti menggunakan kepingan plywood dan kayu yang dicuri dari reban ayam milik jiran, Plybertruck ini mendapat lebih banyak perhatian dari selebriti-selebriti Instagram.