Bikers dan ridres jom layan Muay Thai di Ipoh, lupa sekejap isu lesen digital

oleh Hamimah Hamid|
KORANG yang ada lesen memandu digital tu mesti berfikir-fikir antara nak ke tidak ke Thailand sekarang kan? Yelah lepas kes dua lelaki Malaysia kena saman dengan pihak berkuasa Thailand, mesti berfikir kejap untuk ke sana.

Takpe, boleh lagi rasa bau-bau negara jiran, jom lepak Ipoh hujung bulan ni layan Kejohanan Muay Thai Antara Bandaraya Ipoh-Betong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejohanan muay thai yang mempertemukan jaguh bandar dua negara melibatkan Malaysia dan Thailand bakal diadakan pada 26 Ogos depan di Bandaraya Ipoh.

Poster 1

Lima atlet yang juga juara dunia tiga tahun berturut-turut, Mohammad Rifdean Masdor serta juara dunia tahun ini, Nur Amisha Azrilrizal, Muhammad Fadzmi Aiman Mohd Fadzli (Jebat), Raja Izzati Raja Annuar dan Muhammad Amirul Adli Sali Meha (Deli) akan bertarung dalam kejohanan ini menentang lima atlet Muay Thai dari Betong,.

 

Penaung Persatuan Muay Thai Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kejohanan itu akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.30 malam di Akademi Muay Thai Headhunters Ipoh.

 

"Sebenarnya sudah lama kita tidak adakan kejohanan besar seperti ini di negeri Perak dan kali ini pastinya menarik kerana kita mempertaruhkan juara kejohanan dunia dan atlet kebangsaan.

"Saya pasti kejohanan ini pasti dinanti-nantikan oleh semua peminat muay thai di negara ini dan kita alu-alukan orang ramai untuk menonton secara langsung kejohanan ini," katanya.

Poster 2

Zainol Fadzi berkata, tiket dijual secara fizikal dengan harga hanya RM25 dan dianggarkan lebih 400 penonton bakal menyaksikan kejohanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Skuad Muay Thai Kebangsaan, Benard Radin berkata, kejohanan itu nanti bakal menguji lima atletnya.

Menurut beliau, mereka merupakan atlet bertaraf kebangsaan malah sebahagiannya bertaraf antarabangsa yang bakal mempersembahkan prestasi terbaik menentang jaguh dari negara jiran itu.

Jelasnya, sebanyak lima kategori akan dipertandingkan mengikut berat iaitu 57kg, 54kg dan 51kg bagi lelaki manakala 51kg dan 48kg bagi wanita.

Apa lagi korang, jom lah beli tiket dengan menghubungi Cikgu Mila di talian 019-621 0097.