Bike-sharing atau sewa basikal di Dallas cetus kontroversi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dallas, sebuah bandar besar di US kini mengalami masalah yang terbit akibat perkhidmatan bike-sharing atau sewa basikal.

Bandar itu mempunyai lebih dari 20,000 buah basikal yang terlibat dalam perkhidmatan bike-sharing itu. 

Ia dikawal oleh beberapa syarikat tempatan tetapi ofo, sebuah syarikat bike-sharing dari China turut muncul di Dallas bulan November tahun lalu.

Menurut jurucakap dari Jabatan Pengangkutan Dallas, basikal-basikal ini boleh disewa dari lokasi basikal itu berada dan ia tidak perlu dipulangkan ke lokasi yang ditentukan.

Oleh kerana itu, basikal-basikal dilihat ditinggalkan merata-rata untuk berhari-hari, dan ada yang berbulan-bulan.

 

 

Dallas sudah menerima lebih dari 800 aduan mengenai lokasi basikal itu yang dikatakan bersepah dan menyakitkan mata.

Peminat basikal juga nampaknya tidak begitu bersetuju dengan gaya basikal-basikal itu ditinggalkan dengan begitu sahaja.

Oleh kerana itu, Majlis Bandaraya Dallas bercadang untuk mengurangkan jumlah basikal di dalam program ini dan juga lokasi di mana basikal-basikal ini perlu ditinggalkan.

Ia juga turut mengeluarkan amaran sita untuk basikal yang tidak dipungut selama beberapa ketika.

Perkhidmatan bike-sharing atau e-bike ini sedang meningkat naik dari segi populariti di US dan juga di pasaran negara lain, termasuk Malaysia (o-Bike).

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Hot Wheels Super73-RX akan ditawarkan sebanyak 24 unit sahaja, dan berupaya bergerak sejauh 64 km…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada Forbes, syarikat Kanada itu telah berjaya merekodkan sehingga 10,384…