Berminat untuk beli pikap Peugeot? Tunggu projek kerjasama dengan ChangAn Automobile

oleh Muhammad Md Tajudin|
© Automobiles Peugeot
© Automobiles Peugeot
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 7 Jun lepas, ChangAn Automobile dari China dan Groupe PSA telah menandatangani satu perjanjian rangka kerja untuk meneroka bisnes secara bersama.

Susulan perjanjian tersebut, kedua-dua firma pada 27 September telah mengumumkan satu kerjasama untuk membangunkan platform kenderaan baharu yang akan dibina di kilang ChangAn di Ding Zhou khusus untuk model komersil dan satu model baharu.

Menariknya, model yang ingin dibangunkan secara bersama itu bukan sebuah kereta sedan, hatchback, kompak atau SUV tetapi trak pikap satu tan.

Ini bermakna, dalam beberapa tahun lagi, pelanggan di serata dunia boleh memiliki sebuah pikap dengan jenama Peugeot atau Citroen.

Atau mungkin lebih tepat jika disebut Peugeot terus memandangkan jenama Perancis ini mempunyai sejarah pengeluaran trak pikap sejak dari tahun 1956 lagi. Walau bagaimanapun, pikap bukanlah model utama Peugeot memandangkan ia tidak dipasarkan secara konsisten.

Pikap paling terkini dipasarkan oleh Peugeot diberi nama Pick Up (iya, benar) pada Jun lalu dan ia khusus untuk jualan di negara Afrika. Lebih menarik, Pick Up sebenarnya adalah model jenama semula (rebadge) Dongfeng Rich.

 

© Groupe PSA Direction de la communication
© Groupe PSA Direction de la communication

 

Model pikap yang bakal dibina secara bersama ini akan dibangunkan supaya mematuhi piawaian antarabangsa dan memenuhi jangkaan pelanggan melalui reka bentuk yang terampil selain berkualiti dan boleh diharap.

Pada peringkat pertama, pikap satu tan tersebut akan dipasarkan kepada pelanggan di China dan pelanggan antarabangsa Groupe PSA.

Pasaran kenderaan komersil ringan (LCV) global agak besar dengan jualan sebanyak 14 juta unit pada tahun 2016. Pikap satu tan pula mewakili 18 peratus daripada jumlah ini dengan peningkatan sebanyak lima peratus setiap tahun.

Senario ini nampak begitu menarik dengan pemain baharu dari Perancis - China. Sebelum ini, pasaran pikap disajikan dengan produk-produk kompetitif dari Thailand-Jepun. Tambahan pula, Mercedes-Benz sendiri mempunyai X-Class yang dibangunkan dari platform Nissan Navara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat"…
Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…