"Berhenti buat spekulasi, insiden berebut bayar tol tidak benar" - Megat Mohd. Aminuddin

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan penyebaran gambar dua buah kereta yang tersepit di lorong Touch n Go berdekatan Plaza Tol The Mines semalam, Careta hari ini merungkai punca sebenar insiden berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan akhbar Berita Harian, kejadian dikatakan berlaku akibat masalah brek salah sebuah kenderaan terlibat yang kurang cekap. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati Perodua Kancil yang dipandu salah seorang mangsa mengalami kerosakan brek. 

"Sedar akan hal itu, mangsa cemas sebelum kenderaan dinaiki melanggar Proton Iswara yang berada di hadapannya.

"Ketika kejadian, pemandu Proton Iswara berkenaan sedang beratur di perumah tol untuk membuat bayaran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Megat Mohd. Aminuddin menjelaskan pihaknya menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Terdahulu, Megat Mohd. Aminuddin memberitahu wujud salah faham mengenai kejadian semalam yang mana ia dikatakan berlaku berpunca daripada tindakan berebut untuk membayar tol.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…