Bercuti dengan kereta baru sempena Hari Malaysia di NW Motor!

oleh SALINA JALIL|
NW Motors meraikan sambutan Hari Malaysia tahun ini dengan menawarkan pelbagai jenis penjimatan menerusi promosi terkini Naza Malaysia Day Special Offer Sales.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bermula dari 15 sehingga 30 September 2018, NW Motors menawarkan pakej pembelian menarik merangkumi hampir 500 unit kenderaan termasuklah Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Wish, Nissan Elgrand dan pelbagai jenis model SUV yang tersedia. 

 

Setiap pembelian MPV atau SUV sepanjang tempoh promosi ini akan melayakkan pembeli menerima pakej percutian premium ke destinasi pilihan tajaan NW Motors. 

 

Pembeli juga boleh memilih baucer petrol atau baucer membeli belah yang sama nilai dengan pakej percutian yang ditawarkan.

 

Sesi pandu uji eksklusif juga akan diadakan buat para pelanggan yang ingin memiliki MPV idaman mereka pada Sabtu ini, 22 September 2018 bertempat di NAZA Automall, Jalan 51A/221, Petaling Jaya. Jamuan ringan turut disediakan untuk para pelanggan yang hadir pada acara pandu uji khas itu. 

 

Sekiranya anda tidak mempunyai program lain pada hari Sabtu ini dan ingin melihat sendiri MPV atau SUV yang ditawarkan ini, sila lawati cawangan NW Motors sama ada di Naza Automall, Jalan 51A/221, Petaling Jaya atau di 129, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

 

Jadi, rebut peluang keemasan daripada NW Motors sehingga 30 September ini untuk memiliki MPV idaman anda serta percutian premium buat keluarga anda. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Naza Automall di  http://bit.ly/NazaMalaysiaDay2018