Beranak dalam lori di lebuhraya.

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG bayi berjaya dilahirkan dalam sebuah lori kontena di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.

Menurut perkongsian seorang doktor, beliau menerima panggilan kes bersalin tersebut dan segera ke lokasi kejadian.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Katanya, beliau membuat persiapan membawa barangan berkaitan dan tidak mengetahui keadaan ibu dam bayi tersebut. 

 

"Sampai di lokasi kelihatan dua pegawai polis trafik menjaga lalu lintas manakala pintu lori terbuka luas. 

 

"Nampak di rumput pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya," kongsinya. 

 

Menurut doktor terbabit, beliau bertanyakan keberadaan wanita terbabit kepada suaminya yang merupakan pemandu lori tersebut. 

 

Apabila diberitahu wanita terbabit berada di tempat duduk belakang lori, doktor tersebut memanjat lori dan melihat dua susuk tubuh terbaring. 

 

"Si ibu pejam mata dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar. 

 

"Saya bertanya sama ada si ibu boleh mendengar saya dan dia memberikan respon. Kemudian saya memegang dan menjentik kaki bayi, Alhamdulillah dia yang pada awalnya tidak bergerak memberi respon menangis," katanya. 

 

Menurut doktor terbabit, beliau memotong tali pusat, membungkus bayi dengan kain tuala dan membawanya keluar dari lori.

 

Kedua-dua ibu dan bayi kemudian di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 

 

Kredit dan foto: Aliff Zaki