Bentley Perang kini untuk dijual!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan semua orang mahu disamakan dengan orang lain.

Kerana itu, kereta-kereta premium berharga mahal agar ia tidak banyak berada di atas jalanraya. Eksklusiviti adalah tujuan utama kerana ia adalah mainan orang-orang berada.

Dan jika itu mainan anda, pastikan anda menyuruh setiausaha sulit anda atau pembantu peribadi anda untuk membuka e-Bay dan segera membida Bentley Continental GT yang mampu membuatkan Land Rover Defender milik Lara Croft kelihatan seperti sebuah SUV untuk ke pasar dipandu oleh Ah So sebelah rumah.

bentley perang

 

Asalnya Bentley ini dibina di dalam program siri TV Supercar Megabuild oleh National Geographic.

Ia mempunyai kelengkapan aksesori bernilai RM140,000 dan ia memang boleh dipandu di atas jalanraya.

Enjin 6.0-liter W12 itu tidak disentuh dan warna asal diganti dengan warna hijau tentera. 

bentley perang 2

 

Oleh kerana Bentley memang sudah sedia datang dengan sistem pacuan 4-roda AWD, ia sudah tidak menjadi masalah untuk selut-selut di kampung.

Sistem gantungan asal dibuang dan digantikan dengan lapan penyerap hentak (shoch absorber) jenis Quantum Racing.

bentley perang 4

 

Ia juga lengkap dengan besi bull-bar di hadapan dan roll-cage luaran. Tayar off-road gantian diikat di atas cermin belakang dan untuk melengkapkan tema off-road itu, dua tong minyak diikat pada kedua-dua sisi.

Overfender plastik turut dipasang di setiap lengkung tayar. Sebaris lampu sorot LED tercatuk di atas bumbung, seperti meniru lagak kelab trak pikap Malaysia.

Segera ke e-Bay untuk membida jentera peperangan Apokalips anda ini!