Bentley Bentayga turut catat rekod dalam Pikes Peak International Hill Climb!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini kami ada laporkan mengenai SUV mewah Bentley Bentayga yang turut bersaing dalam perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb.

Iya, bukan sahaja kereta-kereta yang memasuki perlumbaan legenda ini, SUV mewah pun turut serta.

Apakah nasib SUV mewah tersebut? Cemerlang.

Bentley Bentayga telah berjaya mencatatkan rekod baharu dalam kategori SUV produksi dengan masa 10 minit 49.9.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bentley Bentayga

 

Dalam perlumbaan itu Volkswagen I.D.R yang dipandu oleh Romain Dumas berjaya mencatat masa terpantas dengan masa 7 minit 57.148.

Bentayga yang dipandu oleh pelumba drift dan rallycross Rhys Millen berjaya mengharungi perlumbaan ke puncak gunung dengan lebih 5,000 kaki dan 156 selekoh dengan jayanya iaitu hampir dua minit lebih pantas berbanding rekod sebelum ini.

Memandangkan kategori yang disertai adalah SUV produksi, tidak banyak modifikasi yang telah dibuat pada Bentayga ini. 

 

Bentley Bentayga

 

Di antaranya ialah rangka keselamatan (roll cage), sistem pengawalan pembakaran (fire suppression system), kerusi perlumbaan, ekzos sport Akrapovic dan tayar Pirelli baharu. Sebanyak 300 kg peralatan interior ditanggalkan seperti yang ditetapkan oleh peraturan perlumbaan.

Kejayaan ini adalah sesuatu yang besar buat Bentley dan bagi meraikan rekod tersebut, Bentley mengumumkan Bentayga Edisi Terhad yang bakal ditawarkan sebanyak sepuluh buah sahaja. 

Bentayga Pikes Peak ini akan direka dan dihasilkan dengan tangan oleh bahagian pengubahsuaian Bentley iaitu Mulliner.

 

Bentley Bentayga Pikes Peak

 

Di antara keunikan Bentayga Pikes Peak ialah dua pilihan warna luaran iaitu Deep Beluga Black paint atau Radium dengan roda bersaiz 22 inci dengan dua kemasan Beluga dan Radium accents.

Kemasan ini juga tampil dengan Black Specification bagi menggantikan elemen krom pada bahagian luaran selain penambahan splitter gentian karbon, skirt sisi, diffuser dan spoiler belakang. Logo Pikes Peak pula dilekapkan pada fender hadapan.

Logo Pikes Peak turut diletakkan pada papan pemuka dan plak bernombor bagi menandakan eksklusiviti SUV ini.

 

Bentley Bentayga Pikes Peak

 

Spesifikasi lain ialah ekzos sport Bentayga dan Touring Pack dan SUV ini sudah boleh dipesan oleh pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah bermula Ogos depan.

Penyertaan Bentley Bentayga dalam Pikes Peak adalah suatu yang unik dan kombinasinya jarang-jarang berlaku.

SUV mewah + perlumbaan lasak + pemandu drift. Dunia kereta mewah dan permotoran sudah berubah agaknya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bentley Bentayga Pikes Peak

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…
Berita Global
“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” menurut berita tersebut…