Bell & Ross perkenal versi baharu jam tangan Diver Collection

oleh Mohamad Hanif|
Bell & Ross Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan versi jam tangan baharu di bawah keluarga Diver Collection, masing-masing diberikan kod nama BR03-92 Diver Blue dan BR03-92 Bronze.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Tampil dengan ciri-ciri ketenteraan dan sinonim dengan dunia menyelam, BR03-92 Blue dan BR03-92 Bronze telah dibangunkan untuk memberikan ukuran bacaan yang tepat dan mampu bertahan pada tekanan laut yang dalam. 
 


Dengan paparan yang mudah dibaca, ukuran yang tepat serta mudah untuk dipercayai, kedua-dua jam tangan Diver ini sememangnya rakan yang paling tepat untuk para penyelam tidak kira apa jua keadaan di bawah air, di samping rekaan tersendiri daripada Bell & Ross. 

Harga jualan untuk jam tangan BR03-92 Diver Blue bermula dari RM15,000 dan BR03-92 Bronze pula dijual pada harga RM16,900