Peraduan ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, kepada sesiapa yang membeli dan mendaftar sebuah kenderaan Nissan bermula 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019. Bagi menambah keterujaan Tahun Baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000* untuk model-model terpilih Nissan.
Bagi meraikan Tahun Baru Cina pula, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.
Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki (Hands-Free Dual Power Sliding Door), Pintu Belakang Dwi-Bukaan (Dual Back Door), 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™.
Selain itu, ETCM sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuk bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat. X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.
Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi carnival untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina yang menarik.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:
Tarikh |
Wilayah |
Lokasi |
5hb – 6hb Januari |
Utara |
ETCM Bayan Lepas |
Tengah |
ETCM Petaling Jaya |
|
Tengah |
ETCM Cheras |
|
Selatan |
ETCM Johor Jaya |
|
Selatan |
ETCM Seremban |
|
Pantai Timur |
ETCM Kuantan |
|
Sabah |
ETCM Kota Kinabalu |
|
Sarawak |
ETCM Kuching |
|
11hb – 12hb Januari |
Pantai Timur |
AEON Kota Bharu |
12hb – 13hb Januari |
Utara |
ETCM Butterworth |
Utara |
ETCM Ipoh |
|
Utara |
ETCM Sitiawan |
|
Tengah |
ETCM Glenmarie |
|
Tengah |
ETCM Jalan Raja Laut |
|
Selatan |
ETCM Semabok |
|
Selatan |
ETCM Muar |
|
Sabah |
ETCM Sandakan |
|
Sarawak |
ETCM Miri |
Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan di Seluruh Negara:
Tarikh |
Lokasi |
3rd – 6th Januari |
Melawati Mall, Ampang, Kuala Lumpur |
4th – 6th Januari |
Ipoh Parade, Ipoh, Perak |
7th – 13th Januari |
AEON Kota Bharu, Kelantan |
8th – 13th Januari |
AEON Tebrau, Johor Bahru, Johor |
9th – 13th Januari |
Queensbay Mall, Penang |
9th – 13th Januari |
One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor |
10th – 13th Januari |
East Coast Mall, Kuantan, Pahang |
11th – 13th Januari |
Kluang Mall, Kluang, Johor |
11th – 13th Januari |
Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
18th – 20th Januari |
Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat