Beli barang dari Amazon, terus hantar ke dalam kereta Volvo

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dunia semakin canggih sekarang dan pelbagai teknologi telah dihasilkan bagi memudahkan urusan manusia. Jika sebelum ini Volvo terkenal dengan teknologi keselamatan dan pemanduan autonomi, kali ini Volvo sekali lagi selangkah ke hadapan apabila bekerjasama dengan Amazon dalam proses pembelian barang.

Volvo dan Amazon kini menawarkan khidmat penghantaran di 37 buah negeri Amerika Syarikat.

Bagaimana khidmat ini berfungsi?

Amazon ialah syarikat dalam talian terbesar yang menawarkan pelbagai barang untuk dibeli pengguna. Kerjasama dua syarikat ini membolehkan pengguna kenderaan Volvo yang mempunyai akaun Amazon Prime memesan barang dalam talian dan penghantaran akan dibuat terus ke kereta tanpa kehadiran pemilik langsung!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo dan Amazon

 

Caranya ialah pengguna perlu memuat turun aplikasi Amazon Key App dan menghubungkan akan Amazon kepada akaun Volvo On Call. 

Selepas tetapan dibuat dan lokasi penghantaran didaftarkan, pengguna boleh membeli barangan di Amazon.com dan memiliih pilihan penghantaran ke lokasi kereta.

Aplikasi Amazon Key dan Volvo On Call kemudian akan memaklumkan pengguna apabila penghantaran hendak dibuat. 

 

Volvo dan Amazon

 

Pada hari penghantaran, pengguna perlu meletakkan kenderaan mereka di kawasan alamat penghantaran dan staf penghantaran akan menyerahkan pesanan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Apabila staf penghantaran selesai meletakkan barang di dalam kereta, pengguna akan dimaklumkan dan kereta sudah siap dikunci!

Hebat bukan?

Projek ini sebenarnya telah bermula di Eropah sejak 2015 melalui program di negara Nordic dan Switzerland. 

Program penghantaran terus ke kereta ini adalah beberapa khidmat digital konsumer yang ditawarkan Volvo melalui platform Volvo On Call.

 

Volvo dan Amazon

 

Pengguna servis ini boleh menghantar jadual destinasi mereka terus ke kereta, mencari lokasi stesen minyak dan bantuan untuk menjejak kereta di tapak parkir yang besar atau di jalan bandar yang mereka tidak biasa.

Bukan setakat itu, servis Volvo On Call juga boleh digunakan untuk perkongsian kenderaan di beberapa buah lokasi terpilih. Pemilik XC40 boleh meminjamkan kereta dengan ahli keluarga dan rakan tanpa perlu menyerahkan kunci kepada mereka.

Volvo On Call adalah platform kenderaan terhubung pertama untuk kereta dan ia boleh digunakan di sekitar 50 buah negara dan merangkumi 90 peratus daripada jumlah jualan global Volvo.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang…
Berita Global
Penghantaran lori FH Electric itu akan dilangsungkan sehingga hujung tahun ini walaupun Volvo…
Berita Global
Di India, pihak Amazon akan menghentikan segala penjualan produk yang mampu menyahaktif penggera…