Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kini menanggung RM1.60 untuk setiap liter diesel, atau sekitar RM1.5 bilion secara keseluruhan.
Daripada data penggunaan, jumlah diesel bersubsidi meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019, sedangkan jumlah kenderaan menggunakan diesel tidak mengalamai peningkatan ketara.
Besar kemungkinan terdapat aktiviti penyeludupan yang serius disebabkan oleh harga diesel Malaysia yang terlalu murah.
Jelas PM lagi, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan, sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi.
“Dengan pendekatan tersebut, ia dapat mengurangkan ketirisan subsidi dan dalam masa yang sama mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat.