Behind The Scene Mission: Impossible - Fallout papar aksi lagak ngeri Tom Cruise

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum filem aksi lakonan Tom Cruise, Mission: Impossible - Fallout bakal menyerang panggung wayang bergambar di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak lengkap rasanya apabila kita sedang sabar menunggu waktu tayangan tanpa melihat dengan lebih jelas babak di sebalik kamera ketika penggambaran sedang dijalankan seperti mana tradisi para pembikin filem-filem aksi lagak ngeri. 

 


Seperti mana yang kita tahu, Tom Cruise lebih gemar melakukan aksi-aksi lagak ngeri daripada menggunakan pelakon gantian pada kebanyakan filem beliau, dan pada filem yang terbaru, beliau didapati meneruskan tradisi lakonan lagak ngeri dengan lebih berani. 

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah babak yang memerlukan pelakon yang berusia 56 tahun itu berpaut pada tali yang disangkutkan pada helikopter yang sedang bergerak, dan kru filem hampir kehilangan beliau akibat terjatuh daripada pautan tali helikopter tersebut ketika penggambaran. 

Saksikan aksi-aksi behind the scene filem yang diterbitkan oleh Paramount Pictures menerusi video di bawah. 

 

Sebelum ini kami pernah memaparkan artikel bahawa filem ini bakal menampilkan aksi daripada BMW M5 yang terkini disamping beberapa jentera termasuklah motosikal yang beliau kendalikan sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pelakon gantian lagak ngeri. 

Tidak sabar?

Filem Mission: Impossible - Fallout dijadualkan bakal beraksi di pawagam seluruh dunia bermula 26 Julai ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat…
Berita Global
Menurut laporan, SUV tersebut dilarikan oleh suspek di luar Birmingham Grand Hotal bersama dengan…
Berita Global
Menurut penerangan, Porsche 911 Targa ini dibeli baru oleh Tom Cruise pada April 1986, tahun yang…