Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenalpasti terjejas dalam kempen panggil balik inflator beg udara Takata.
Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 serta model jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen ini.
Model |
Kod Model |
Tahun Buatan |
Unit yang Terjejas |
Beg Udara Terjejas |
Navara (CKD) |
D40 |
Jan 2015 - Nov 2015 |
1,326 |
Pemandu dan Penumpang Depan |
Grand Livina (CKD) |
L10 |
Jan 2015 - Mac 2015 |
10,445 |
Penumpang Depan |
X-Gear (CKD) |
L10 |
Jan 2015 - Mac 2015 |
200 |
Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dari TCEAS. Pelanggan digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk menbuat temu janji.
Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi dan kini dibuka sepanjang 365 hari agar pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini.
Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 kenderaan atau 56% inflator beg udara Takata telah siap diganti oleh TCEAS. Namun masih ada segolongan besar unit kenderaan yang masih belum tampil untuk membuat penggantian.
ETCM dan TCEAS sekali lagi ingin mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan yang masih belum menjalankan aktiviti penggantian supaya menukar inflator beg udara Takata dengan segara untuk mengelakkan kecederaan and kemalangan yang tidak diingini.
Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru digalakkan untuk menyemak sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.