Beberapa jalan di Bukit Mertajam ditutup Sabtu dan Ahad sempena sambutan St Anne

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan di kawasan Gereja Minor Basilica St Anne, akan ditutup kepada lalu lintas pada Sabtu dan Ahad berikutan perayaan keagamaan Kristian, sambutan St Anne, di Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San, berkata penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Jalan yang akan ditutup adalah Jalan Kulim iaitu dari hadapan stesen minyak Caltex menuju ke persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Indah, Jalan Tenang, Jalan Taman B dan Jalan Sepakat.

"Sekiranya pengguna jalan raya ke Kulim dari Bukit Mertajam, mereka akan dilencongkan ke jalan alternatif iaitu Jalan Kampung Baru menuju Jalan Rozhan manakala dari Kulim pula akan dilencongkan ke Jalan Sepakat dan Jalan Taman B menuju ke Jalan Kampung Baru," katanya, dalam kenyataan, pada Jumaat

Katanya, perayaan keagamaan itu sebenarnya telah bermula sejak 25 Julai lepas dan kawalan lalu lintas oleh pihak polis termasuk menempatkan anggota trafik di simpang-simpang utama telah dijalankan namun tiada penutupan jalan sehingga Sabtu.

Tan berkata bermula jam 7 malam Sabtu juga akan diadakan perarakan lilin oleh Gereja St Anne yang akan bermula berarak dari pintu nombor tiga gereja itu menuju Jalan Berjaya , Jalan Kulim, Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng, jalan Arumugam Pillai, Jalan Aston dan Jalan Usahaniaga.

Katanya, perarakan itu akan berpatah balik melalui Jalan Kulim menunju ke pintu nombor satu gereja itu membabitkan jarak perjalanan sejauh 1.8 kilometer dan dijangka selesai pada jam 11 malam.

Katanya, penugasan kawalan lalu lintas untuk perayaan keagamaan itu dijangka selesai sepenuhnya pada jam 3 petang Ahad ini dan jalan raya yang ditutup akan dibuka sepenuhnya semula seperti biasa.

Beliau berharap pengguna jalan raya dan masyarakat setempat dapat memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran perjalanan dan ketenteraman awam.

Pihak gereja memaklumkan lebih 100,000 orang dijangka menghadiri sambutan lima hari perayaan keagamaan itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…