Bayar beratus ribu untuk kereta Eropah, kenapa tidak untuk kereta terlaju di Nurburging-Honda Civic Type R

oleh DIANA ISMADI|
Model generasi terbaru Honda Civic Type R merupakan jentera yang telah ditunggu-tunggu oleh para pencintanya di seluruh pelusuk dunia, termasuklah Malaysia.

Namun ternyata, jentera yang menjadi kegilaan ramai ini mengundang berbagai persoalan seperti hal berkaitan tiga muncung ekzosnya, soal transmisi, bahagian bontot belakang yang lebih lebar berbanding model Type R generasi terdahulu dan paling best, ramai yang komplen tentang harga jentera ini. 

Bagi menjawab berbagai persoalan tersebut, Careta telah berpeluang untuk mendapatkan jawapan yang sahih dan jitu daripada pakar dari Honda iaitu Assistant Large Project Leader Civic Type R (ALPL), Hideki Kakinuma. 

 

Civic Type R Careta

 

1. Tiada varian transmisi automatik ditawarkan?

Menurut Honda, falsafah mekanikal yang dipegang untuk jentera ini adalah "Light, Weight and Simple'. Jadi, jawapan yang diberikan juga cukup ringkas. 


Transmisi automatik "dual-clutch automatic" atau DCT sebenarnya hanya menambah berat buat jentera ini manakala transmisi manual enam kelajuan ini dikatakan adalah jauh lebih ringan. 

 

Civic Type R Careta


Kenyataan tersebut juga telah dibuktikan apabila jentera ini telah diuji di litar lagenda dunia, Nurburgrig, Jerman. Civic Type R telah dinobatkan sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat bagi jarak 25 km.


Jentera ini dikuasakan oleh enjin enjin 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 310 PS dan tork 400Nm dengan transmisi enam kelajuan manual yang dibangunkan Honda R&D untuk tukaran gear jitu.

 

Civic Type R Careta


Ia turut datang dengan tiga mod pemanduan iaitu COMFORT, SPORT dan +R yang dapat memberikan keseimbangan di antara pemanduan dan pengendalian untuk pengalaman berbeza. 


Selain dari sesuai untuk kegunaan harian, kuasa yang ditawarkan jentera ini sudah memadai untuk dikerah dan dilanyak di litar lumba.


2. Sebab jentera ini datang dengan tiga paip ekzos?

 

Civic Type R Careta

 

Honda R&D membangunkan sistem ekzos tiga muncung, walaupun nampak pelik tetapi ada sebab tersendiri. Ketiga-ketiga paip ekzos, dua yang besar mengapit satu yang kecil di bahagian tengah. Ia bukan hanya sekadar aksesori, tapi ia berfungsi untuk mengalirkan buangan gas dari enjin.


Pada kelajuan rendah hingga sederhana, ekzos mengeluarkan bunyi berkuasa manakala pada kelajuan tinggi atau di lebuh raya, sistem ekzos akan mengubah kepada bunyi yang lebih perlahan supaya pemandu dan penumpang tidak terganggu.  

 

Civic Type R Careta


Dua paip yang besar berfungsi memberikan efek ngauman kereta dan paip yang lebih kecil di bahagian tengah berfungsi untuk memberikan tekanan negatif ketika pedal pendikit ditekan sepenuhnya. Ia dapat mengurangkan bunyi dengung yang dari masuk ke dalam kabin ketika ia dipandu. 


3. Bahagian belakang jentera yang lebih lebar berbanding generasi Type R yang sebelumnya.

 

Civic Type R Careta

 

Menurut pakar dari Honda, kelebaran pada bahagian belakang jentera, (lebih 65mm berbanding generasi terdahulu) direka bagi memberikan lebih prestasi dan semestinya menawarkan kestabilan pemanduan.

Lekuk badan "hatchback" yang tegas dan lebar direka agar dapat menyokong sistem aerodinamik dari hadapan dan digabungkan pula dengan tiga muncung ekzos, ia membuatkan kami termenung dan tak tidur malam.

 

Civic Type R Careta


4. Apakah Honda bakal perkenalkan Type R kepada model-model lain?

Menurut Naib Presiden Honda Malaysia, Akkbar Danial "secara peribadi semestinya saya mahu melihat lebih banyak lagi Type R untuk model-model Honda yang lain". Buat masa ini, Honda belum mempunyai perancangan untuk membikin generasi Type R untuk model-model Honda yang lain.

 

Civic Type R Careta


5. Ramai yang komplen dan mengeluh, kenapa harga Civic Type R mahal (RM320,000)? 


Harus ditegaskan sekali lagi, Civic Type R diimport dari United Kingdom. Ia boleh jadi jauh lebih murah tetapi dengan syarat, ia harus dipasang di ASEAN, Malaysia atau Jepun. Walaubagaimanapun, ini adalah mustahil kerana produksi Civic Type R adalah dalam kuantiti yang sedikit.

Di Indonesia, jentera ini turut dijual pada harga yang sama iaitu 995 juta rupiah (RM320,000). Sama juga jika dibandingkan dengan harga di Singapura dan Filipina, harga jentera ini adalah dalam lingkungan RM300,000.

 

Civic Type R Careta

 

Jika pengguna sanggup bayar beratus-ratus ribu untuk jentera jenama Eropah , kenapa tidak boleh membayar nilai yang sama untuk kereta Jepun? Tambahan pula, Civic Type R ini merupakan kereta paling laju di Nurburging, kereta Eropah pun tak dapat nak lawan.

Jadi sesiapa yang berminat, anda boleh teruskan niat untuk membeli, cuma jika masuk "workshop" nanti, tolong kirim salam pada tauke kedai! 

 

Civic Type R CaretaCivic Type R Careta


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
JD Power, sebuah syarikat perunding dan penyelidik pasaran telah melakukan satu kajian untuk tahun…
Berita Domestik
Peminat sejati Honda Civic Type R Menurut Naib Presiden Kumpulan, Honda Malaysia, En. Akbar Danial…
Berita Domestik
Pada majlis pelancaran yang berlangsung, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia…