Bawa pulang SUV Haval dengan rebat RM3000 dan insurans percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi jenama Haval di Malaysa, Go Auto Sales Sdn Bhd hari ini mengumumkan promosi bulan April bagi pelanggan baru dan pelanggan setia jenama Haval.

Menerusi promosi ini, setiap pembelian SUV baharu jenama itu bakal menerima penjimatan sehingga RM3000 bagi kedua-dua model H1 dan H2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal, promosi ini diadakan sebagai usaha menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk membeli SUV pada tanda harga yang berpatutan. 
 

Tidak cukup sekadar rebat sehingga RM3000, pembeli baru dan pelanggan setia jenama Haval juga bakal menerima perlindungan insurans secara percuma dengan setiap pembelian model H1 dan H2. 
 

Bagi menyemarakkan lagi promosi ini, pihak Haval Malaysia bakal membuka booth mereka di pusat membeli belah terkemuka serata Malaysia dengan siri pertama roadshow ini bermula di AEON Shah Alam pada 24 hingga 29 April 2018. Pihak Haval Malaysia akan mengumumkan tarikh dan tempat bagi siri roadshow mereka seterusnya di kawasan Utara, Selatan dan juga Pantai Timur. 
 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Haval di talian 03-5569 7332 atau dengan melayari laman web berikut:


Laman Rasmi: www.haval.my
Facebook: www.facebook.com/havalmy
Instagram: www.instagram.com/havalmy

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…