Bateri mampu caj 6 minit dan pergi sejauh 320 km?

oleh HEZERI SAMSURI|
Toshiba mungkin akan mengubah nasib kenderaan elektrik (EV) sekiranya teknologi bateri prototaip mereka mampu dikilangkan untuk kegunaan semua.

Syarikat Jepun itu sudah mula melakukan kajian dan penyelidikan tentang bateri sejak tahun 2008 dan mereka berharap bateri terbaharu ini mampu dihasilkan pada tahun 2019.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri baharu ini menggunakan anod baharu yang diperbuat dari bahan titanium niobium oksida, bukannya menggunakan graphite seperti bateri biasa.

Dengan menggunakan bahan baharu itu, kapasiti simpanan tenaga bateri digandakan dan ia tidak “terhurai” setiap kali dicaj.

Menurut Toshiba, selepas mengecaj menggunakan sistem caj ultra-rapid, ia mampu memberikan sebuah EV kecil jarak perjalanan 320 km.

Selain dari itu, bateri baharu itu boleh beroperasi dalam suhu yang selamat dan selepas 5,000 kali dicaj, ia masih mampu menyimpan 90 peratus dari jumlah tenaga itu.

Sebagai perbandingan, bateri lithium ion di dalam sebuah EV memerlukan 30 minit untuk caj dan memberikan jarak perjalanan dalam 200 km sahaja.

Walaupun 2019 masih jauh, namun ia tetap satu berita yang menggembirakan peminat EV.