Bas elektrik NEDO EV kini dilancarkan di Putrajaya Sentral

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Projek Putra NEDO EV Bus kini telah dilancarkan secara rasmi di Putrajaya Sentral oleh Setiausaha Agung, Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia, YB Datuk Seri Adnan Bin Hj. Md Ikhsan.

 

Projek yang merupakan usahasama antara Putrajaya Corporation dan Japan's NEDO (New Energy and Industrial technology Development Organisation), dibawah rancangan Putrajaya Green City 2025.

 

NEDO

 

Bas EV ini menggunakan sisem "Super Quick Charge" dan mampu bergerak untuk jarak 25-30 km dengan tempoh mengecaj selama sepuluh minit.

 

Bas ini menyediakan 33 tempat duduk penumpang, satu ruangan penumpang dengan kerusi roda dan 30 ruang penumpang berdiri.

 

NEDO

 

Pek bateri yang digunakan telah disahkan mengikut standard keselamatan antarabangsa (UN/ECE-R100.02), dan di bawah pengawasan secara "real time" untuk memastikan setiap komponen dijaga untuk memudahkan penyelenggaraan.

 

Pengecas bas ini mempunyi kuasa output maksimum 320 kW untuk sepuluh minit, dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 80 km/j. 

 

NEDO

 

Terdapat sepuluh bas EV yang akan beroperasi pada tahun ini dan dijangka pada tahun 2019, dua buah bas EV dua tingkat akan ditambah.

 

Bas ini akan beroperasi dibawah Nadiputra yang sebelum ini turut menjalankan operasi untuk bas CNG (Compact Natural Gas).

 

Nedo

 

Bas Putra NEDO EV ini turut menggunakan sistem yang dibekalkan oleh rakan kongsi NEDO iaitu Toshiba Infrastructure Systems & Solutions, PUES, Hasetec and Oriental Consultant Global, dengan usahasama syarikat pengeluar bas Malaysia, DefTech.

 

NEDO

 

Nedo

 

Artikel dan gambar diambil dari Institut Automotif Malaysia (MAI)