Syarikat bas Go-Ahead, bersetuju meminjamkannya bas bagi membantu memindahkan pesakit, termasuk ke Hospital London Nightingale yang baru dibuka semula, lapor portal The Guardian.
Bas-bas berkenaan disesuaikan dengan peralatan perubatan penting, termasuk pam infus dan monitor.
Kesemua pemandu yang dipertanggungjawabkan mengendalikan bas-bas itu sudah diberi suntikan vaksin, dan setiap bas akan turut membawa petugas perubatan terlatih.
Bas itu dijangka mula digunakan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Ini kali pertama dalam sejarah sistem kesihatan London, bas terpaksa digunakan bagi memindahkan pesakit.
Perhentian bas khas disediakan di luar King's College di selatan London bagi memudahkan proses mengambil dan memindahkan pesakit dan mempunyai keutamaan.
Perkhidmatan ambulans London berada dalam tekanan apabila dihujani panggilan kecemasan susulan gelombang kedua COVID-19 yang bermula pada Krismas lalu.