Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
Hilang kawalan akibat masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat Batu Pahat, kira-kira jam 10.40 pagi, Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta.

"Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

"Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Pemandu bas berusia 51 tahun sudah ditahan dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif dadah.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Batu Pahat pada Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Global
Secara keseluruhan, syarikat itu berjaya menjual sekitar 116,000 unit kenderaan dan 11,600 unit…