Baru keluar, dah ada ekzos aftermarket Lotus Emira, buatan Milltek Sport dari UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ekzos Milltek Sport untuk Lotus Emira
Ekzos Milltek Sport untuk Lotus Emira
Lotus Emira dilancarkan pada 6 Julai 2021 dan jualan bermula pada Mac 2022. 

Ada dua jenis enjin yang ditawarkan iaitu 3.5 liter V6 supercharge dari Toyota dan 2.0 liter turbo dari Mercedes-AMG.

Penyerahan kepada pelanggan kereta sport dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) terakhir Lotus sudah pun bermula beberapa minggu lalu.

Lepas terima kereta apa nak buat? Mungkin ada yang mahukan sesuatu lebih istimewa dan Milltek Sport sudah pun menyiapkan ekzos baharu untuk model 3.5 V6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ekzos Milltek Sport untuk Lotus Emira

 

Projek ini berjaya dipercepatkan kerana Milltek bekerjasama dengan syarikat penala Litchfield Motors yang merupakan di antara pembeli terawal Emira.

Set ekzos Milltek Sport yang ditawarkan memberikan beberapa kelebihan seperti lebih ringan, estetik, bunyi dan prestasi.

Set ekzos itu dibuat dari keluli tahan karat gred T304L dan dipasang pada cagak asal.

Perkakasan OPF/GPS (penapis zarah) berfungsi seperti biasa dengan motor kawalan injap asal dan paip ekzos laluan bebas (free flow) saiz tiga inci.

Ekzos Milltek Sport untuk Lotus Emira

 

Gas ekzos dikeluarkan melalui dua cabang paip yang berukuran 2.5 inci. Penyenyap ekzos Milltek satu kilogram lebih ringan berbanding unit keluaran kilang.

Pemilik juga ditawarkan paip pintasan OPF/GPF dan sistem kawalan injap Milltek Sport.

Penggunaan paip pintasan itu menjimatkan lagi berat dengan penyenyap belakang 2.7 kilogram lebih ringan daripada unit standard.

Sistem kawalan injap Milltek Sport tidak memerlukan pendawaian tambahan dan berfungsi dengan membuka injap dan langsung melepasi penyenyap belakang. 

 

Lotus Emira

 

Hasilnya? Bunyi lebih garang dari enjin 3.5 liter supercharge!

Satu lagi, sistem ekzos Milltek Sport menjana 18 peratus penurunan tekanan balik (back pressure) dan juga bunyi lebih garang.

Milltek Sport memaklumkan irama tersebut masih lagi sah atau patuh undang-undang untuk digunakan semasa pemandu membelasah Emira mereka pada hari litar.

Ada lagi berita dan kepada pelanggan yang sedia untuk menunggu, Milltek Sport sedang membangunkan set ekzos versi titanium.

 

Lotus Emira

 

Faedah utama ialah berat yang turun ketara dengan penyenyap belakang sahaja enam hingga tujuh kilogram lebih ringan berbanding set asal.

Ciri yang bagus dan sesuai dengan falsafah Lotus "Simplify, then add lightness."

Sistem ekzos untuk Emira direka, dibangunkan dan dikeluarkan di Pusat Pengeluaran Termaju Milltek Sport di Derby, United Kingdom.

Berdasarkan kerja awalan untuk Emira V6, Milltek Sport juga berupaya untuk mempercepatkan sistem ekzos bagi model 2.0 liter turbo AMG akan datang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek ini diterajui Sarjan Owen Messenger dan diubah suai dengan kerjasama sebuah saluran…
Berita Global
  Pelanggan boleh memilih set dengan spesifikasi jalanan atau lumba dengan kesemua sistem cat-…
Berita Global
  Biasanya, komponen mesti dalam keadaan standard dari kilang yang turut membangkitkan nostalgia…