Barangan eksklusif Renault 5 sudah boleh dibeli, termasuklah pemain kaset!

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran rasmi model supermini Renault 5 E-Tech 2024, pengeluar automotif Perancis itu turut melancarkan pelbagai koleksi barangan eksklusif untuk dipadankan oleh para pemiliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan semakan ringkas di laman web kedai dalam talian Renault, terdapat pelbagai kategori yang disediakan termasuklah alat tulis, basikal, pakaian, bola petanque, papan luncur air dan papan selaju.
 

renault


Sesuai dengan tema kereta, kedai tersebut turut menawarkan pilihan kereta berskala kecil termasuklah kereta 1:64, 1:43, 1:8, replika resin berskala 1:15, serta kereta pedal untuk kegunaan kanak-kanak.

Harga jualan bermula serendah €6 (RM30.88) untuk model kereta skala 1:64, hinggalah €400 (RM2,058) untuk model replika resin.
 

renault


Anda juga boleh mendapatkan set litar lumba kereta slot berharga €115 (RM592) yang datang sekali dengan model kereta Renault 5 dan Renault Turbo 3E berskala 1:43, lengkap dengan sistem pencahayaan dan fungsi 'turbo' pada alat kawalan.

Benda yang kami minat sebenarnya bukanlah sekadar senarai barangan yang disebutkan di atas.
 

player


Seakan mahu mengimbau kenangan lalu, penulis amat tertarik dengan kewujudan pemain kaset mudah alih yang sebenarnya sangat popular suatu ketika dahulu.

Diperbuat daripada bahan aluminium, PlayeR5 Portable Cassette Player ini turut mempunyai bicu 3.5 mm untuk fon kepala dan mikrofon, sokongan Bluetooth, bateri yang mampu bertahan 8-10 jam, serta fungsi main dan rekod.
 

R5


Renault turut menyekalikan sebuah kaset kosong dan pensel bagi mereka yang tahu akan fungsi dan kegunaan kedua-dua benda tersebut.

Pemain kaset PlayeR5 itu dijual pada harga €180 (RM926.44).

Ia bukanlah barangan yang paling mahal wujud di kedai dalam talian tersebut.
 

R5


Jika berminat, anda boleh membawa pulang basikal berharga €2,700 (RM13,897), atau €3,000 (RM15,441) untuk papan luncur air, atau €4,200 (RM21,617) untuk sebuah meja foosball seberat 80 kg yang diperbuat oleh pengeluar Perancis Bonzini.

Sumber: Renault Original Store

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan luaran Renault 5 ini banyak diinspirasikan daripada model asal Renault 5 tahun 1970-an,…