Bapa dan budak lelaki 11 tahun ditahan berikutan video pandu kereta tular

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pihak polis telah menahan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan bapanya selepas video tular menunjukkan budak lelaki itu memandu kereta Proton Saga milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Pandamaran pada 1.15 tengah hari Ahad, 11 Jun selepas polis menerima video tular berdurasi 1 minit 21 saat yang menunjukkan budak lelaki itu memandu kereta Proton Saga tersebut sekitar jam 6 petang Jumaat, 9 Jun.

Bapa, 49, dan anaknya dibawa ke balai polis trafik ibu pejabat polis daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

Menurut ACP Cha Hoong Fong, kes disiasat  mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 APJ 1987 iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.

ACP Cha turut menasihatkan orang ramai supaya tidak leka dan memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 

Sumber: Berita Harian